t>

Breaking News

‘Hantaran Saya Dulu RM13,188, Tapi Sekarang Janda’ - Tak Guna Letak Hantaran Mahal..

Nampaknya kisah hantaran mahal yang dibawakan oleh Farah Elmo semakin panas. Selepas dibalas hujahnya oleh dua orang lelaki yang mengatakan tidak guna meletakkan hantaran mahal-mahal, kali ini tampil seorang lagi pengguna facebook yang menasihati orang awam agar tidak meletakkan hantaran tinggi-tinggi ketika mahu mengahwinkan anak masing-masing.

Individu yang dikenali dengan nama Nurul Adeline tampil dengan video bagi membalas kenyataan Farah Elmo. Video tersebut telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 1,000,000 lebih selain dikongsikan sebanyak 32 ribu kali oleh pengguna netizens.

Dalam video itu, Nurul Adeline memaklumkan ketika dia mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya sebelum ini, hantaran yang diminta adalah sebanyak RM13,188 sebagai simbolik kepada tarikh lahirnya.
Namun katanya, hantaran mahal yang diperolehinya itu tidak menjamin kebahagian hidupnya apabila dia menjadi mangsa pukul bekas suami, sehinggalah pada suatu hari dia diceraikan dan pulang ke kampung dengan hanya sehelai sepinggang.

"Tengok contoh seperti kak, akak ni seorang janda, tiada anak. Kak nikah (hantaran) RM13,188 sebab sempena dengan tarikh lahir akak (13.1.1988). Tapi kesudahannya, kak boleh suami yang panas baran, curang dan kaki pukul," katanya dalam video berkenaan.
“Hantaran mahal itu kalau awak (berperangai) molek, tak selfie, tak gila publisiti murahan di Facebook, atau molek-moleklah (sifat baik lain)... rasanya ada orang (lelaki) yang sanggup bayar (hantaran) RM20K, tapi cermin diri dululah sebelum nak minta orang (bayar hantaran) mahal-mahal.
“Bagi kak lah, kalau awak suka dekat lelaki itu, (dan) lelaki itu juga suka dekat awak, (masing-masing saling) cinta, nikahlah, buat yang wajib sahaja (iaitu) mas kahwin dan akad nikah. Lepas nikah, hidup tak pening dengan hutang dan duit yang ada boleh digunakan untuk beli barang (keperluan) rumah,” ujar janda muda itu dalam dialek Kelantan.
Nurul Adeline turut menasihati golongan wanita supaya memikirkan masa depan dan bukannya hanya melihat kepada jangka masa pendek dengan meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga akhirnya membebankan kedua-dua pasangan.
“Kalau bagi akak, biar (majlis perkahwinan) tidak ‘grand’, tetapi rumah yang bakal kita duduk dengan suami nanti penuh dengan barang keperluan. Ini tidak, sampaikan televisyen pun tak mampu nak beli,” nasihatnya.
Nurul Adeline berkata, sekiranya ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi, dia hanya mahukan seorang suami yang ikhlas menerima dirinya dan tidak akan meletakkan sebarang hantaran.

Rata-rata netizens bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Nurul Adeline itu.

Video oleh Nurul Adeline dibawah.