t>

Breaking News

Ini 5 Sebab Kenapa Saya Dan Siti Kasim Tidak Akan Berjumpa Zakir Naik Kata Asiah..

Asiah menerusi facebooknya memberi 5 sebab kenapa pertemuannya antaranya, Siti Kasim dan Zakir Naik tidak boleh berlaku. 

Berikut adalah jawapan kepada Ustaz Fathul Bari yang menjadi orang tengah untuk yang berminat menganjurkan pertemuan tersebut. 

Pertama : Daripada 19 plantitif yang failkan tuntutan saman, 3 darinya ialah muslim dan dua darinya ialah wanita. Kenapa pak lebai hanya sasarkan dirinya dan Siti Kasim? Sudah tentu kerana beranggapan golongan wanita ialah sasaran yang mudah untuk dijatuhkan. 

Kedua : Penceramah Zakir Naik terkenal dalam perbahasan mengenai perbandingan antara agama. Apakah tujuannya untuk anjurkan debat bersama dirinya dan Siti Kasim yang sudah tentunya penganut Islam? Dari 19 plantitif yang mengemukakan saman ada ramai lagi yang bukan-Islam, kenapa tidak sasarkan mereka yang lain? 

Ketiga : Walaubagaimanapun kes tuntutan ini secara rasminya sedang berjalan (dalam proses perundangan). Ia merupakan satu percubaan untuk menghina mahkamah dan subjudis jika Dr. Zakir Naik berpendirian mahu menganjurkan debat bersama plaintitif. Biar mahkamah tentukan samada Zakir Naik layak mendapat taraf PR dan berada dalam negara Malaysia. 

Keempat : Affidavit sokongan dan dokumentasi telah difailkan kepada mahkamah. Ia adalah salah di sisi perundangan untuk mendedahkan butiran dokumen berkaitan (tuntutan saman) sebelum berlangsungnya prosiding perbicaraan di mahkamah. Oleh itu ia adalah tindakan tidak matang untuk melakukan desakan ke atas kami bagi mendedahkan bukti dan dakwaan kami terhadap Dr. Zakir Naik secara terbuka. 

Kelima : Kami bertegas dan berprinsip dalam tindakan kami berhubung isu menfailkan saman kepada pihak yang disebutkan. Kami tidak akan takut dengan kecaman, serangan mahupun fatwa atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya bagi menarik balik tindakan kami. 

Sebelum ini, Fathul Bari mencadangkan agar satu pertemuan diatur antara Siti Kasim bagi menemui Zakir Naik untuk menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda aktivis Orang Asli itu. 

Walaubagaimanapun ramai yang mencadangkan agar perjumpaan tersebut menjadi medan perdebatan antara dua individu itu bagi tujuan membuktikan dakwaan Siti Kasim ke atas Zakir Naik adalah salah dan tidak tepat. 

Zakir Naik pula dalam satu respon kepada Ustaz Fathul Bari nampaknya hanya beranggapan ia merupakan satu perjumpaan yang biasa-biasa

Screenshot : Fathul Bari
Antara ayat balas yang dinyatakan Dr Zakir berbunyi, “If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them” (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka). 

Fathul Bari berkata, Dr Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa. 

“Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. 

Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat,” katanya. 

Menurutnya, pertemuan itu adalah satu cara positif dan terpulang kepada kedua-dua pihak ingin mengadakannya secara diskusi, perbincangan biasa mahupun debat. 

Sinar Harian bersedia menjadi pihak tengah untuk menganjurkan perdebatan tersebut dan memaklumkan kepada media bahawanya sehingga kini Siti Kassim tidak memberikan sebarang respon terhadap pertanyaan mereka berhubung isu berkenaan

Nota : Asiah menulis dalam bahasa inggeris, ianya diterjemahkan oleh Sozcyili untuk edaran Bahasa Melayu.