t>

Breaking News

'Keldai', 'Bodoh' - Siti Kasim Bahasakan Pihak Yang Mengajak Dirinya Bertemu Dengan Zakir Naik.

Menulis di status Facebooknya, Siti Kasim menyifatkan pihak yang mencadangkan agar beliau dan Asiah bertemu dengan Zakir Naik adalah sebagai "Keldai, bodoh dan buang masa".

"Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik. 

"Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. 

Jadi, berhenti buang masa saya," kata Siti Kasim, seperti yang dipetik dari status Facebooknya.

"Fakta bahawa beberapa 'keldai' memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. 

Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita. 

"Paling penting dalam hal ini, orang-orang bodoh ini tidak sedar ada tindakan undang-undang sedang berlangsung. Mungkin MCP ini perlu menyemak makna sub judice," kata Siti Kasim lagi dalam status berkenaan.

Siti Kasim berkata demikian bagi mengulas cadangan perjumpaan di antara dirinya, Asiah Abd Jalil bersama Zakir Naik bagi membincangkan perbezaan pendapat di antara mereka.

Cadangan itu pada awalnya dikemukakan oleh Ustaz Fathul Bari dan mendapat respon positif dari orang ramai malahan Sinar Harian bersedia menjadi platform bagi menemukan ketiga-tiga mereka.

Dalam pada itu, tinjauan yang dijalankan di laman sosial, rata-rata netizens mengkritik tindakan Asiah dan Siti Kasim sebagai 'tidak berani, bercakap besar dan cuba alih perhatian dengan berlakon sebagai mangsa keadaan berhubung isu jantina".

Sungguh pun demikian, di Facebook Asiah dan Siti Kasim kedua-dua individu berkenaan masih mendapat sokongan padu dan tidak berbelah bagi oleh pengikut-pengikut setia mereka.

Penyokong Siti Kasim di FB
Isu pertemuan Siti Kasim dan Asiah Abd Jalil bersama Zakir Naik mulai timbul apabila mereka berdua di antara 19 plaintitif yang mengemukakan tindakan saman terhadap kerajaan bagi menghalang Zakir Naik masuk ke Malaysia atas alasan ancaman keselamatan. - Sozcyili