t>

Breaking News

Kenapa Ya Bahasa Melayu Dah Jadi Bahasa Low Class Di Malaysia?

Oleh : Khairul Abdullah

Sedih tau bila kau telefon nombor khidmat pelanggan sesebuah syarikat kemudian robot menjawab "Press 1 for English, Tekan 2 untuk Bahasa Malaysia" dan bla bla bla. 

Utamakan Bahasa Melayu
Gambar Oleh Google
Nampaknya Bahasa Malaysia dah duduk nombor dua lah. Kita pun tekanlah 2, maklumlah nak cakap orang putih tak berapa pandai, lagipun bukan kita di Amerika pun. Cakap bahasa kitalah ye tak? Tungu punya tunggu, talian masih sibuk, masuk minit ke 2 talian putus. Telefonlah semula. 

Kali ini kita tekan 1 pulak lah. Kemudian ada suara manis di hujung talian cakap orang putih dengan kita. Kita pun perkenalkan diri dan ceritalah masalah bla bla bla. Kemudian kita selit-selit lah cakap bahsa ibunda kita, nampaknya dia faham namun dia tetap balas dengan bahasa orang putih juga. Takpelah, dah kerja dia kena jawab dalam bahasa tersebut maka kita hormatlah. 

Kita pun renung balik, terkenang negara-negara yang pernah kita pergi terutamanya negara yang kita pernah duduk dulu. Payah benar nak dengar orang dia cakap bahasa asing. Bukannya depa tak reti, tapi depa tak mau. Bilamana sangat perlu sahaja barulah depa cakap. Pandai, bijak dan hebat orang depa tu. 

Kita terkenang pula negara kita ni. Perlu ke tak ke memang bahasa orang putih ni dah jadi bahasa utama atau bahasa nombor satu negara ini. Pak menteri pun rasa hebat dan bijak bila cakap bahasa ni. 

Padahal saluran tv yang temuramah dan negara yang nak ditayankan temuramah dia tu bukanlah Amerika ataupun Uganda tetapi di negara sendiri sahaja pun. Walaubagaimanapun, kita kagum juga dengan pak menteri yang Bahasa Malaysia depa sangat sedap. 

Ada pak menteri cina pun cakap melayu lebih fasih dan sedap tanpa bercampur aduk dibandingkan dengan pak menteri melayu yang lain. Nak buat macam mana lah kan. Bahasa tu menunjukkan kredibiliti dan kebijaksanaan kita. Jadi, kenalah ikut. 

Nak nampak bijak bistari kita cakap bahasa orang putih, nak nampak bodoh alah atau kekampungan sikit kita cakap loghat negeri lah. 

Lagipun katanya, dengan guna bahasa orang putih, semuanya nampak lebih gah. Taman perumahan yang ada nama ala-ala orang putih akan lebih laku dan penghuninya akan rasa lebih hebat. 

Habis semua nama kawasan perumahan di orang putihkan. Apa sahaja benda yang nak dibuat duit di negara ini kau letaklah nama berbunyi atau berbau orang putih. Mesti laku. 

Lagipun kita nak memasuki pasaran Amerika nanti katanya, kenalah brand orang putih yang mantap. Kita ni bukanlah anti bahasa orang putih, kita tahu kepentingan dan keperluannya. Kita memang perlu belajar dan bertutur dalam bahasa ini untuk kemajuan dan kejayaan kita. 

Namun janganlah sampai semuanya nak diorangputihkan. Berpada-padalah. Yang tidak perlu diorangputihkan tak payahlah kan? Tapi. Tak mengapalah, kita baru jer nak masuk 60 tahun merdeka.