t>

Breaking News

Kos-Kos Yang Diperlukan Untuk Pembelian Rumah Pertama

 
Jika anda seorang yang berpengalaman dan melihat ada kekurangan dalam artikel ini mohon tambah di ruangan komen untuk kebaikan bersama. Teruskan usaha kita untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

“Bro..Apa dan berapa kos-kos lain yang kena standby masa nak beli rumah ni?”

Panduan Beli Rumah Pertama
Gambar : MohdElam.com
Soalan ini sering ditanya. Kami ingin bantu anda untuk merungkai masalah ini bagi memenuhi cita-cita anda untuk memiliki rumah. Jangan jadikan alasan seperti “Tak ada modal nak beli, nak bayar deposit pun tak lepas.” Usaha kuat sikit lagi. Cita-cita untuk beli rumah pasti jadi kenyataan.

Tiga Kos Utama Nak Beli Rumah

Langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah fahamkan dulu cara pengiraan untuk mengetahui modal yang diperlukan. Ada 3 kos lain yang perlu kita perlu sediakan:

1. Deposit

Deposit atau wang pendahuluan. Kebiasaanya kita perlu sediakan 10% daripada harga jualan.

2. Lawyer Fee

Yuran guaman bagi urusan jual beli dan pindah milik hartanah.

3. Stamp Duty

Duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949. “Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah.”

Dah sedia, jom mula!

Contoh Kes Beli Rumah Harga RM350,000

Neelofa (bukan nama sebenar) berminat untuk membeli sebuah rumah berharga RM350,000. Berapakah jumlah modal yang Neelofa perlu sediakan? Bantu Neelofa untuk buat pengiraan.

1. Deposit

Deposit 10% daripada harga rumah.

Maka 350,000 x 10% = RM35,000

Cara pembayaran Pemaju rumah Ejen hartanah
 
Semasa booking 3% 3.18%
350,000 * 3% = 10,500 350,000 * 3.18% = 11,130
 
Selepas 14 hari booking, baki dibayar semasa menandatangai sale & purchase agreement (SPA). 7% 6.82%
350,000 * 7% = 24,500 350,000 * 6.82% = 23,870
 
*Tiada beza daripada segi deposit samada kita beli rumah daripada pemaju atau daripada ejen hartanah.

2. Lawyer Fee

Harga Rumah Kadar Bayaran
150,000 pertama
850,000 seterusnya

2,000,000 seterusnya

2,000,000 seterusnya

2,500,000 seterusnya

Selebihnya

1 %

0.7%

0.6%

0.5%

0.4%

0.3%

lawyer fee

3. Stamp Duty

Harga rumah Kadar Bayaran
100,000 pertama
400,000 seterusnya

Selebihnya

1%

2%

3%

stamp duty

Untuk pembelian rumah pertama, kita layak mendapat diskaun stamp duty sebanyak 50%.

6,000 * 50% = RM3,000

Jumlah Keseluruhan

Deposit + Lawyer Fee + Stamp Duty

35,000 + 2,900 + 3,000 = RM40,900

Atau 11.68% Daripada Harga Rumah Yang Bernilai RM350,000.

Boleh Tak Saya Keluarkan Duit KWSP Sebagai Modal Untuk Beli Rumah?

Jawapannya boleh.

Jika kita dah bekerja selama 4 tahun ke atas, pasti kita mempunyai sejumlah simpanan di Akaun 2 KWSP. Jumlah yang ada tu bolehlah dikeluarkan sebagai modal untuk membeli rumah. Bila kali terakhir anda periksa jumlah yang terkumpul dalam Akaun 2 KWSP?

Lepas ni bolehlah ke mana-mana cawangan KWSP atau kiosk KWSP untuk menyemak simpanan kita. Sekiranya kita tekad untuk gunakan duit KWSP, dapatkan borang KWSP 9C (AHL) (D5) Withdrawal Form, kemudian hantar bersama dokumen sokongan lain untuk memohon.

2 dokumen sokongan yang perlu sediakan adalah SPA (Sales and Purchase Agreement) dan Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (Housing Loan Approval Letter), atau Loan Facility Agreement.

Sekarang anda dah tahu kan banyak mana modal yang diperlukan? Jom kita berusaha untuk beli rumah pertama!