t>

Breaking News

Kutuk-Kutuk Kerajaan Korup, Yang Kau Tu Dah Tahu Tak Layak Kenapa Mohon BRIM? Ko Tu Pun Korup Juga!

Oleh : Fadh Razy

Ramai yang marah-marah dan bising. Katanya syarat kelulusan BRIM terlalu ketat dan ada yang seperti tak masuk akal. 

Logo BRIM
Ada juga yang persoalkan, "Macam mana kerajaan tahu saya ada simpanan RM500000 dalam bank? Itu maklumat sulit!" 

"Macam mana kerajaan tahu saya ada share dalam perniagaan ni?" Dan banyak lagi. 

Apabila ditanya, "Kalau dah memang tak layak, kenapa mohon juga?" "Saja nak test. Mana tahu rezeki." "Saja nak test ketelusan urusan BRIM" dan sebagainya. 

Ketika orang ramai marahkan kerajaan, salahkan pengurusan... saya rasa kita sendiri yang kena refleksi perangai masyarakat kita. 

Di klinik, sebagai barisan depan, terlalu banyak saya jumpa pesakit yang TAK LAYAK untuk bantuan, zakat, ataupun status OKU tapi datang untuk memohon (dan marah apabila saya enggan tandatangan). 

Dan saya tak terkejut apabila ramai pemohon BRIM yang sebenarnya tak layak tetapi 'nak cuba nasib memohon' atas apa jua alasan pun. Undang-undang, saringan, jadi ketat apabila terlalu banyak penyalahgunaan sebegini. Kerana perangai masyarakat kita sendiri yang penting diri. 

Dan natijahnya, mereka yang sepatutnya layak pun kadangkala dinafikan hak. Kita cepat tuding jadi kepada pelaksa, sedangkan kita sendiri yang 'mendesak' ketegasan sebegitu. 

Jadi tak payah lah nak sembang kencang kritik masjid, zakat... kononnya penganut agama lain boleh letak wang derma secara terbuka dan sesiapa boleh ambil tanpa saringan kalau masih lagi gatal mohon BRIM walaupun tahu ada orang lain yang masih memerlukan (dan tahu diri memang tak layak). 

Kritik pemimpin korup. Tapi rakyat pun dua kali lima (dan pemimpin juga sebenarnya cerminan kepada rakyat)