t>

Breaking News

Menyangah Cerita Misi Kurang Ajar Di Info Ibu Hamil - Nak Buat Cerita Bohong Burukkan Jururawat Tak Beragak Kau Neh.

Oleh : Bel Nahwen

Info Ibu Hamil Buat Onar Lagi 

Kali ini dengan posting berkaitan kisah puakanya misi. Tidak bertimbang rasanya misi kepada pemegang GL ini. Kejadian katanya berlaku di Hospital Sungai Buloh. 

Layanan Staff Hospital
Gambar Oleh Bel Nahwen
1) Betapa beliau memandang tinggi standardnya sehingga tidak boleh meletakkan punggung dikatil 'reject' depan tandas. Sedangkan bulan 11 merupakan peak month kerana jumlah kelahiran adalah agak banyak pada bulan itu. Rasa hina kerana duduk depan toilet sedangkan staff telah berusaha sehabis daya untuk menyediakan katil kepada ibu-ibu hamil. 

2) Saya tidak tahu beliau, tetapi saya dalam keadaan sakit saya tidak senang duduk dan baring rasanya. Tetapi beliau, suruh jalan sedikit pun tidak mahu. Manja. 

3) Tidak diberi makan dan minum menjadi isu. Sedangkan ada mulut tidak bernyata dan minta seteguk dua air. Tidak pula difikirkan risiko yang mungkin terjadi jika melantak tak ingat dan proses melahirkan mengalami komplikasi yang memerlukan pembedahan segera dilakukan. Mungkin perut yang kenyang adalah lebih bermakna dari aspirated pneumonia barangkali. 

4) Saya dulu semasa melahirkan Ammar, tiada sesiapa teman. Saya selesa ditinggalkan oleh jururawat sebentar untuk menenangkan diri. Tidak pula saya merengek minta suami masuk teman. Saya lihat LR busy dengan bertubi-tubi kemasukan ibu untuk beranak. Saya tidak mahu privacy mereka terganggu kerana saya beria mahu suami saya sentasa disisi. Saya menghormati privacy ibu lain. 

5) Kenapa ibu beliau berlari panggil suami bila dah 9cm bukaan? Mengapa tak berlari panggil doktor ke, misi ke untuk conduct kelahiran? Kemudian komplen misi buat tak endah. Saya tidak lihat watak suaminya disini kecuali masuk semasa nak meneran. 

6) Nurse rentap kain sampai terkangkang depan ibu beliau. Kemudian terus rodok untuk cek bukaan. Tadi cakap dah 9cm. Tapi imbas semula ke 3cm tak buka-buka osnya. Banyaknya campak belakang. 

7) Saya pelik, si ibu tidak register dulu ke sebelum ditolak ke LR? Sejak bila LR uruskan kemasukan dan GL? GL lagu mana pun, beranak tetap macam biasa. Bukan bebas dari sakit. Bukan tiket untuk layanan vip. (Sakit-sakit pun sempat sinis dengan tinggi standardnya kerana punya gl) 

8) Saya tidak tahu jika LR Sungai Buloh membenarkan ibu masuk melihat anaknya melahirkan bayi. Siap pakej sambut bayi lagi. Sebab setahu saya, suami sahaja yang dibenarkan. Malu oii nak kangkang-kangkang depan ibu sendiri. Lainlah kalau ibu itu single mother dan kategori bawah umur. 

---- 

Entahlah katil macam mana dia mahu. Katil vono dengan remote boleh gerak kemana-mana barangkali. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Bukan salah management kalau ramai melahirkan pada bulan itu. 

Dan siapa pula kita mahu tolak kes atas alasan wad penuh. Nanti komplen hospital tolak pesakit pula. Nak beranak ni melibatkan dua nyawa. Kalau jadi apa-apa in between, yang disalahkan nanti hospital yang tolak kes juga. 

Staff akan cuba buat yg terbaik selagi mampu. Hatta pinjam katil di wad lain. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Bersyukurlah ibu dan bayi selamat. 

Ada GL bukan guarantee letter untuk anda dibelai umpama raja. Sebab bukan anda seorang sahaja yang bakal menjadi #ibumuda. Ramai lagi hati ibu-ibu yang perlu dijaga. 

Cuba dengar-dengar. Ada tak misi yang dijerkah oleh ibu-ibu yang tidak tahan sakit? Jangan cakap takde. Saya pernah dengar semasa saya sakit melahirkan. Saya sendiri tertinggi suara dengan staff yang conduct saya. Macam saya seorang sahaja yang sakit. 

Notakaki; Lama tak jenguk sana. Tup-tup ada pula rajin share cerita fantasi misi puaka di dewan bersalin ni.