Nak Tahu Kenapa Aku Benci Safiq Rahim?

Oleh : Shah Rafi

Nak tahu kenapa aku benci Safiq Rahim? 

Ok hari ni aku cerita. 

Aku pernah ke Bangkok pada tahun 2014 untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF. Turun je kapal terbang aku dan dua rakan lagi terus ke hotel penginapan pasukan negara. 


Kenapa? Untuk berjumpa mereka dan memberikan sokongan moral. Setidak-tidaknya aku dapat tengok dan jumpa mereka secara berdepan bukan lagi dari jauh. Its a dream come true pada masa tu. 

Semasa aku di hotel, pemain Malaysia turun ke cafe untuk minum petang. Aku dan beberapa orang yang ada di sana masa tu ambil peluang untuk bergambar dan berikan kata-kata semangat untuk mereka bermain. 

Amri, Apek, Safee Sali, Badri Razi, Indra Putra, Dollah Salleh steady bersalaman, senyum, melayan peminat dan bergambar. 

Tiba giliran Safiq Rahim. 

Aku hulur tangan, bersalaman. 

Kawan aku memegang kamera. 

"Bro, boleh tangkap gambar?" 
Tanya aku. Dia diam je sambil angguk. 
Senyum? Ada, sinis. 

Mungkin sedang fokus. 

Seusai bergambar, "Bro, semoga berjaya. 

Buat yang terbaik" kata aku. 

Dia senyum macam nak taknak. 

Mungkin ni style dia pada orang yang dia tak kenal. Lebih-lebih lagi fans, maklumlah dia pemain bola sepak profesional. 

Aku pun bersorak sorai untuk dia bermain demi lencana di dada. Kawan aku yang memegang kamera tadi ke depan juga untuk bersalaman. 

Sambil bersalaman, kawan aku pun cakap, "Bro, good luck. Buat yang terbaik, kami datang dari jauh untuk bro dan team" 

Kau tahu apa dia jawab? 

Aku boleh dengar satu-satu, "Ek?" Nada sinis nak mampos. 

"Saya pun datang jauh juga ni" dengan nada berlagak dia. 

Masa tu suasana jadi awkward. Sunyi seketika. Sebaris kata-kata yang pada aku tak patut diucapkan pada seorang penyokong. 

Kalau baca memang nampak tiada apa yang salah tapi bila dengar dengan telinga sendiri, berdesing. Masa tu aku rasa nak sound je dengan kata-kata "eh, kau datang dibayar ditanggung semuanya sebab tu kerja kau, manakala kami datang keluar duit sendiri semata-mata untuk sorak demi kau" tapi aku simpan dalam hati. 

Taknak kacau emosi dia. Dan malam tu kita semua tahu macam mana teruknya beliau bermain hinggakan kita kalah 2-0 di Bangkok. 

Berbakul maki hamun dihamburkan pada beliau dari tempat duduk penyokong Malaysia di Stadium Rajamangala, Bangkok. Tapi demi lencana di dada aku dan rakan-rakan serta 80,000 rakyat Malaysia yang lain tetap hadir ke Stadium Bukit Jalil diperlawanan timbal balik. Tapi kita tetap kalah walaupun ada ruang-ruang untuk buat comeback. 

Mulai kes dekat Bangkok tu aku jatuh benci pada SR8, aku dan penyokong yang ada masa tu tak minta disujud dilayan seperti anak raja. 

Cukup berperlakuan profesional seperti pemain-pemain lain. Sambil steady layan peminat. Mungkin ada orang nampak benda ni perkara remeh, tapi bukan pada aku apabila dia bersikap kurang ajar sedemikian. 

Sebab tu juga sekarang aku dah takde rasa minat nak pergi meet and greet pemain skuad Kebangsaan. Lebih-lebih lagi kawan aku sendiri yang berbangsa cina juga nyatakan perkara yang sama, dia berlagak pada masa itu dengan cara, gaya dan kata-kata dia. 

Ok ketepikan hal luar padang. Itu hanya faktor pemangkin aku tak suka dia. Yang paling penting, apa lagi yang nak dibuktikan dia sekarang? Dulu dah bagi banyak peluang. 

Main macam celake juga. Sekali dua power tak cukup untuk menjadi power selamanya. Cukuplah tu. Bagi budak lain buktikan diri. Terima kasih untuk sumbangan selama ni. Dah bersara kan? Cukuplah.

Share this :

Previous
Next Post »