t>

Breaking News

Orang Susah Kini Boleh Ambil Barang Dapur Secara Percuma Di Masjid Bukit Sentosa.

Oleh : Arif Atan

Masjid di Bukit Sentosa, Hulu Selangor yang bersebelahan Bukit Beruntung sudah ambil usaha menyediakan barangan keperluan dapur atas nama Kongsi Rezeki sejak pertengahan bulan ini. 

Masjid - Gambar Hiasan
Ada beras, bawang, tepung dan macam-macam lagi diletak di rak almari yang boleh diambil tanpa ada individu yang menjaganya. Hanya ditampal notis supaya diambil mengikut keperluan dengan buku untuk catat apa yang diambil. 

Selepas Subuh tadi, saya belek-belek buku itu. Ada ruang nama, alamat dan kad pengenalan berserta jumlah tanggungan. Sudah puluhan mereka yang mengambil barangan makanan di situ hanya dalam tempoh lebih seminggu?! Mengejutkan lagi. 

Ramai yang letak nama penuh, alamat dan nombor kad pengenalan lengkap. Mulanya tadi saya sangka tentulah hanya segelintir yang mengisi penuh butiran itu atas faktor malu. 

Mereka pula rata-rata lahir tahun 1980-an bererti, berumur sekitar 30 tahun - iaitu golongan muda dengan ada yang menulis 4-5 jumlah tanggungan dalam ruang yang disediakan itu. 

Jelas, mereka benar-benar memerlukan sebab kalau "suka-suka" ambil (pinjam ayat Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz yang juga Ketua Pemuda PAS) mestilah tak tulis penuh siap tanda apa barangan makanan yang diambil! 

Dulu masa di sekolah rendah, ketika Wawasan 2020 dipalu digendang tahun 1991, punyalah masing-masing teruja hingga kena paksa nyanyi lagu Wawasan 2020 selepas lagu negeri Selangor pada setiap perhimpunan hari Isnin. 

Kalau dalam kelas melukis pula siap ada kereta terbang segala. Tak sangka hari ini, makin ramai rakyat yang sakunya pula terbang tak cukup wang beri makanan pada ahli keluarga termasuk anak-anaknya! 

Terima kasih wahai kerajaan kami yang tak pernah bertukar sekian lama kerana memberi makna palsu tentang "kemajuan" kepada kami. #bolehberambus