t>

Breaking News

Rakaman CCTV Eskalator Hong Kong Tiba-Tiba Terbalik Arah Cederakan 18 Orang.

China dan masalah escalator memang tidak dapat dipisahkan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak laporan berkaitan kemalangan escalator yang membabitkan negara itu. Dan kini tular satu lagi rakaman video berkaitan kemalangan escalator yang dilaporkan berlaku di Hong Kong. 


Menurut portal Chanel News Asia, 18 orang tercedera selepas salah sebuah eskalator terpanjang di Hong Kong mengalami masalah teknikal pada 25 Mac lepas. 
Rakaman video kejadian menunjukkan eskalator yang berukuran 45 meter panjang di pusat membeli-belah Langham Place itu secara tiba-tiba berpusing arah dan menyebabkan ramai pengguna jatuh dan bertindih sesama mereka. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4 petang. 

14 wanita dan empat lelaki dilaporkan mengalami kecederaan dengan salah seorang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan berada dalam keadaan kritikal.
Kesemua mereka dirawat di Hospital Kwong Wah dan Hospital Queen Elizabeth. 
Seorang mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki berkata eskalator itu bergerak dua kali lebih cepat daripada yang biasa. Tambahnya, eskalator yang sama telah berhenti untuk beberapa minit pada tengah hari itu. 
Turut dilaporkan, jurucakap bagi pihak Langham Place menyatakan bahawa kesemua eskalator di pusat membeli-belah itu telah diperiksa mengikut undang-undang oleh syarikat Otis Elevator (kontraktor penyenggaraan).

“Eskalator yang mengalami kerosakan itu menjalani pemeriksaan tahunan dua kali setahun, dengan pemeriksaan yang terakhir dibuat pada 27 Januari lalu serta pemeriksaan rutin setiap dua minggu,” katanya lagi kepada pihak media.