t>

Breaking News

Saya Bukan Gay Kata Pemilik Nasi Lemak Gay Namun Netizens Tak Percaya Padanya..

Gerai nasi lemak GAY yang beroperasi sejak Januari ditutup buat sementara selepas menerima kecaman di media sosial. Namun pemiliknya Adi Yusuf berkata nasi lemaknya itu tidak bermaksud lelaki gay atau homoseks tetapi singkatan Gerai Adi Yusuf, lapor mStar Online

“Saya tidak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan,” katanya kepada media itu. 

Nasi Lemak Gay
Banner yang menjadi kontroversi
“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu. Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tidak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,”.

Adi turut menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud lelaki gay atau homoseksual, sebaliknya ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf. 

"Saya memang tak terfikir pasal nama itu akan mengundang pelbagai reaksi kerana ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf, nama saya sendiri", katanya lagi. 

Untuk rekod, perniagaan Adi terletak di Cheras, di Taman Segar berhadapan dengan Petronas.

Bagaimanapun penjelasan yang dibuat oleh Adi itu tidak diterima oleh rata-rata netizens.

Mereka mempersoalkan kenapa peniaga tersebut membuat banner promosi dengan meletakkan simbol pelangi yang menjadi lambang perjuangan rasmi bagi pergerakan LGBT seluruh dunia.

Malahan gaya-gaya posing Adi di dalam banner tersebut jelas menunjukkan gaya-gaya ala gay yang berposing kata netizens lagi.

"Dah kena kecam, mula la spin. Letak bendera pelangi posing ala-ala manja, tak payah la nak perbodohkan orang", kata Hanafi Ali Hanafiah.

"Cover pula, yang pergi letak lambang pelangi tu kenapa? Tak payah nak buat cerita ala-ala artis Malaysia la, choii", kata Mira Zali.

"Belakang perkataan GAY tu bendera apa? Tak payah buat penafian sudah terang lagi bersuluh", kritik Fahmi Aziz pula.

"Warna pelangi dah menunjukkan ia ada kaitan dengan GAY. Dengan gambar selfie kau yang macam bapok tu. Tak payah naif, pura-pura macam tak bersalah bila dikecam. Bila dah viral tahu takut. Pergi mampos dengan alasan kau", kata Ehsan Zolkifly. 

Nampak gayanya penjelasan yang dibuat oleh Adi Yusuf hanyalah sia-sia apabila kebanyakan netizens menyelar dirinya penipu dan berpura-pura suci. - Sozcyili.