t>

Breaking News

Wartawan Luahan Kekecewaan Dengan Sikap Berbelah Bahagi Rakyat Malaysia Tanggani Isu Korea Utara

Oleh : Ali Imran

Berkampung di depan kedutaan Korea Utara. Ada yang puji, tak kurang juga yang mengeji. Seperti dijangka, rentetan isu #JongNam ini tidak berakhir mudah. 

Belum nampak bila ia akan selesai. Rakyat Malaysia dah mula berbelah bahagi. Kalau dua minggu dahulu ramai yang puji tindakan kerajaan sebab 'ada telur', Sebaliknya sejak awal minggu ini dah semakin banyak suara yang terbalik, mengata yang kita terlampau ego dan main api dengan negara bersenjata nuklear

'Lawak Antarabangsa' ini dah dijawab dengan baik oleh Ayman Rashdan Wong semalam dan aku tak berhajat nak ulang ayat dia yang aku setuju 100 peratus. 

Ujian seterusnya adalah bagi orang-orang media. Berkampung menunggu sepanjang hari menanti kalau-kalau ada perkembangan terkini. Ada juga yang kata kalau media tak membesarkan isu ini, keadaan tak akan jadi susah. 

Tapi orang-orang inilah juga yang bising bila tak ada laporan media tentang sesuatu hal, Ataupun bila media luar negara dapat buat lebih banyak laporan tentang isu tempatan berbanding media negara sendiri. 

Hisehman, apa yang kau nak ni sebenarnya weih? Pedulikan apa yang orang kata, orang-orang media sudi meluangkan masa setiap hari depan kedutaan dan Institut Penyelidikan Forensik Negara (IPFN) siang dan malam. 

Kehadiran pihak media penting sebab secara tidak langsung kita mainkan peranan 'check and balance' kepada keadaan. Jangan lupa, mayat itu masih ada yang terdesak mahukannya. 

Di awal kes ini, sudah ada percubaan pecah masuk dan ia boleh berlaku lagi. Mayat itu mengandungi segala bukti yang kalau jatuh ke tangan salah, cerita ini boleh di'twist' sesuka hati mereka. Dipercayai juga, dua orang yang dimahukan polis (dah ada waran tangkap) untuk siasatan pembunuhan disorok dalam kedutaan. 

Nak rempuh masuk tak boleh sebab kawasan kedutaan adalah 'tanah negara' mereka yang kalau diceroboh, samalah seperti menceroboh masuk negara mereka. 

Lagipun Malaysia memang baik hati. Kita sudi tunggu dan beri masa kedutaan Korea Utara hingga mereka bersedia menyerahkan orang-orang ini kepada kita secara baik. 

Oleh itu, kalau diletak polis berkawal 24 jam di depan kedutaan, kan dah nampak macam provokasi negara pula. Orang pun akan senang buat spekulasi. Itu tak baik untuk keadaan sekarang ini. That is not what we need. 

Jadi bila ada orang media berkampung, kita jadi 'mata' bukan hanya untuk rakyat tetapi juga pihak berkuasa. Mereka pantau laporan-laporan kita. 

Dari situ mereka ambil tindakan. Kedutaan Korea Utara pun tahu kalau mereka nak bawa keluar dua orang wanted ini secara terbuka, atau nak seludup dengan cara apa pun, media akan lapor pergerakan mereka. 

Mana taknya, mereka angkut beg masuk rumah, kita lapor. Angkut tv flatscreen jenama Philips bawa balik kampung pun kita lapor, haha. 

Lagi rancak, media (biasanya dari Jepun) sanggup bayar orang tempatan untuk kejar kenderaan yang keluar daripada kedutaan sebab nak tahu ke mana ia pergi. 

Therefore for North Korean embassy, they can't just pull anything so easily. Malaysian government in another hand, will be able to play its role using diplomatic platform. 

Kita mainkan peranan masing-masing. Buat yang dok marah-marah tu, pi minum sirap segelas. Bagi sejuk sikit badannya ok. Malaysia cuma mahukan orang untuk tujuan soal siasat. Itu sahaja. Susah sangatkah? 


**Disertakan gambar daripada sesi berkampung semalam. Belum sedut keluar kamera. Tak sempat.