t>

Breaking News

#AIFW2017 - "Buruknya Tudung Tu", Rekaan Tudung Saji Dikecam Netizens.

Asia Islamik Fashion Week merupakan acara Fashion Islamic Asia pertama di Malaysia. Ia adalah upacara peragaan Fashion Islamic pertama yang dipentaskan oleh pereka fesyen seluruh dunia.  


Malaysia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan pada 30 Mac hingga 2 April 2017 lepas yang dianjurkan di KLL. Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik.

Ramai pereka fesyen muslimah turut menyertai event yang bersejarah ini, antaranya pereka fesyen tempatan, Eja Shahril. Rekaan Eja yang turut dimuatkan di Instagramnya tular di media sosial kerana mendapat ejekan dari netizens.




"Tudung saji atau tudung muslimah", ejek netizens yang mempertikaikan rekaannya.

"Sapa la yang bengap sangat nak keluar rumah pakai tudung gajah macam tu", antara kecaman yang diterima oleh pereka fesyen itu.

"Nak reka tudung tak salah tapi biarlah bersesuaian dengan penggunaan. Buat fesyen tayang tapi orang tak boleh nak beli sebab tak boleh nak pakai pun tak logik juga", kata netizens yang lainnya.

Bagaimanapun Eja mempertahankan rekaannya kerana ada mesej disebalik apa yang beliau ingin sampaikan menerusi "tudung sajinya" itu.



Menurut Eja, apa yang penting untuk difahami dalam konsep menurut aurat ialah menutup aurat itu sendiri. 

"Hijab itu sendiri tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat. Awak pakai la tudung saji ke apa ke atas kepala tak kisah asalkan ia menutup aurat", kata Eja kepada pemberita ketika diminta mengulas kritikan netizens ke atas rekaan beliau.

Asia Islamik Fashion Week turut dilaporkan mendapat sambutan hangat peminat-peminat fesyen sehingga ada yang gagal memasuki dewan utama bagi melihat peragaan fesyen. - Sozcyili.