t>

Breaking News

Baru Berusia 21 Tahun, Hidup Mewah Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali Jadi Tumpuan.

Secara tiba-tiba nama Datuk Muhammad Saiful Muhammad Ali, 21 tahun, menjadi tular di laman sosial berikutan penyebaran satu video yang memaparkan gaya hidup mewahnya menyambut parti harijadi yang ke 21 baru-baru ini.

Dalam video tersebut (klik sini), yang diselitkan dengan lagu Tamil, memaparkan pemuda itu bersama bapanya yang menghisap curut mahal dengan gaya bak selebriti. Mereka berdua turut memakai perhiasan berupa cincin dan jam tangan. Aksi menuruni jet lalu menaiki kereta mewah Rolls Royce turut dipaparkan dalam video itu. Kemudiannya mereka berdua dibawa ke majlis harijadi yang serba mewah, artis, acara nyanyi-tarian serta nasyid dan bacaan doa selamat turut kelihatan terpapar di video itu.

Menurut semakan kami, Saiful mendapat gelaran Datuk pada tahun 2015, pada usia yang sangat muda. 


Berdasarkan gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram, Muhammad Saiful menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk. Menerusi akaun Facebook, beliau adalah pengarah di beberapa perniagaan termasuk besi buruk, kedai runcit, cuci kereta dan studio rakaman.

Turut dipaparkan rakaman wawancara kedua-dua ibu-bapa Saiful yang memeluk agama Islam pada 16 tahun yang lepas. Ia mengenai bagaimana Muhammad Ali Rengen yang melakukan beberapa pengorbanan dalam melakukan dakwah Islamiah di negara ini.