t>

Breaking News

Doktor Dedah Formula Kejayaan Azizulhasni Awang - Kini Anak-Anak Juga Boleh Menjadi Juara.

Oleh : Afiq Rahim
Saya rasa saya telah berjaya menemui rahsia kejayaan Jaguh Pecut Basikal Negara Azizulhasni Awang, The Pocket Rocket ðŸš€ Man.
Dan rahsia ini pastinya boleh membuatkan kita semua menjadi juara juga.
Beberapa hari lepas, The Pocket Rocket🚀 Man berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi acara keirin di kejohanan dunia Hong Kong.
Jaguh kita memberitahu beliau telah berusaha selama 10 tahun dengan perit jerih, susah payah membanting tulang sebelum berjaya ditabal sebagai juara dunia acara kegemarannya itu.
Jadi di sini kunci kejayaan beliau adalah usaha berterusan dan tidak mudah putus asa.
Ini memang betul.
Namun saya akan rungkaikan maksud beliau yang barangkali tuan puan tidak tahu. Rahsia berjaya secara saintifik menurut kajian universiti terkemuka.
Rahsia ini tidak terhad kepada bidang sukan sahaja bahkan boleh diaplikasi dalam bidang lain seperti muzik, akademik, keusahawanan dan apa sahaja.
Jawapannya saya temui di dalam buku ‘Gold Mine Effect, Cracked the Secrets of High Performance’ karangan Rasmus Ankersen.
Ingat lagi Azizulhasni berkata bahawa beliau menunggu 10 tahun untuk menjadi juara dunia.
10 YEARS RULE
Sebenarnya 10 tahun itu lebih dikenali sebagai 10 YEARS RULE. Ianya dibongkarkan oleh pemenang anugerah Nobel, Herbert Simon.
Menurut beliau “Menjadi individu bertaraf dunia dari matematik ke violin ke chess memerlukan 10 tahun latihan secara konsisten.”
Untuk lebih tepat, kita perlu berusaha selama 10, 000 jam dan jika dipecahkan adalah selama 2 jam 44 minit setiap hari selama 10 tahun untuk menjadi juara dunia.
Ya hanya 2 jam 44 minit sehari dengan buat apa yang kita mahukan maka akan lahirlah juara dunia 10 tahun akan datang.
Bagaimanapun tempoh 10 tahun adalah anggaran kasar para penkaji.
Bagi Perenang Olimpik atau pemain piano terhebat, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 15 tahun untuk mencapai tahap tertinggi.
Bob Bowman, jurulatih kepada lagenda perenang Amerika iaitu Michael Phelps berkata
“Michael tidak pernah mengambil cuti rehat walau sehari pun selama 5 tahun. Bahkan dia tetap berlatih pada hari Krismas dan Hari Lahirnya.”
Bagi bidang music, bahasa dan akademik menurut pengkaji barangkali memerlukan latihan selama 20-30 tahun untuk menjadi PAKAR DUNIA.
Rahsia kedua adalah FOKUS.
Satu kajian melibatkan 120 individu elit termasuk atlet, artis, biochemist dan pakar matematik mendapati kesemua mereka me’labur’ sekurang-kurangnya 10 tahun latihan pada PERKARA/BIDANG YANG SAMA untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa.
Ibarat kata Bruce Lee:
Aku tidak gentar kepada mereka yang menguasai 1000 jenis tumbukan. Tetapi aku bimbang jika ada lawan yang menguasai 1 jenis tumbukan sahaja dengan 1000 kali latihan menumbuk
Keirin adalah acara kegemaran Azizulhusni Awang. Beliau sememangnya telah mahir dan berpengalaman dalam bidang tersebut.
Boleh sahaja beliau mengambil kategori lain dalam bidang basikal trek seperti sprint dan acara berpasukan namun fokusnya tetap kepada acara kegemarannya.
Begitu juga Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi. Mereka adalah penyerang hebat dan bukan pertahanan/penjaga gol yang hebat. Walhal mereka boleh sahaja bermain di mana-mana posisi atas padang.
Namun kedua-duanya fokus menjadi Inside Forward yang digeruni lawan seantero dunia sehingga masing-masing silih berganti menjadi Pemain Terbaik Dunia FIFA.
Prof Dr Anders Ericsson, Profesor Psikologi di Universiti Florida telah mengkaji selama 30 tahun menganalisa individu yang berjaya dalam pelbagai bidang dari ahli gimnas, pemain chess hinggalah ke pakar musik.
Menurut beliau “Apabila kita melihat mereka yang berbakat dalam bidang tersebut, ia merujuk mereka ini adalah bakat semulajadi dan tidak perlu berusaha kuat untuk berjaya.
Namun hakikatnya adalah sebaliknya.
Sesungguhnya mereka yang terbaik adalah mereka yang paling banyak berlatih dan berusaha. Saya tidak pernah berjumpa lagi, individu yang berjaya tanpa usaha keras ribuan jam!”
Jadi tuan puan sekalian, apakah rahsia untuk menjadi seorang juara?
Caranya adalah dengan fokus kepada satu acara/bidang/kemahiran sahaja dan berlatih secara konsisten 2 jam 44minit setiap hari selama 10 tahun.
Jika anda merasakan masa untuk menjadi juara sudah berlalu maka anda silap.
Mungkin masa terbaik kita telah berlalu 10 tahun yang lalu tetapi kita masih ada masa SEKARANG untuk lakukan perubahan pada diri menjadi JUARA!
Siapa tahu anda adalah juara dunia 10 tahun akan datang.
Jika anda mempunyai anak, fokuskan satu bidang yang anda mahu dia berjaya. Latih dirinya selama 10 tahun. Lebih cepat anda melatihnya pada usia muda, lebih pantas anda menuai hasilnya.
Kongsikan rahsia ini kepada 10 orang kenalan anda dan sama-sama menjadi JUARA displin masing-masing.