t>

Breaking News

Homoseksual Fitrah Binatang : Jawapan Untuk Zurairi, Penolong Pengarang Malay Mail.

Saya tertarik dengan pemikiran seorang wartawan akhbar bernama Zurairi AR yang menyokong aktiviti homoseksual. Ulasan tulisan beliau dimuatkan dalam satu portal berbahasa melayu Menara.my.[1] Beliau dengan berani menempelak masyarakat Melayu yang memandang jijik para pelaku homoseksual. Tambahnya lagi perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan. Lantas diberi beberapa contoh binatang yang secara fitrah semulajadi mereka berkelakuan homoseks seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo.
Gambar - Google
Saya cukup kesian dengan beliau yang mempunyai pandangan serong sehingga sanggup menjatuhkan martabat fitrah semulajadi yang dijanjikan oleh Tuhan. Bukankah manusia ini adalah sebaik-baik kejadian atas mukabumi ini? Kenapa beliau sanggup meletakkan taraf manusia serendah binatang?
Alam haiwan tidak diberi akal yang hebat seperti manusia. Haiwan juga mempunyai nafsu berbeza dengan manusia - nafsu kebinatangan. Takkan lah hal perbezaan yang sedemikian pun sukar diambil pemikiran oleh Sdr Zurairi AR?
Saya amat gerun dengan cadangan beliau agar anak-anak kita dididik supaya dapat meraikan LGBT, dan menganggap pelakuan seks sumbang itu sebagai normal. Sementelah sistem pendidikan negara yang menekankan isu moral dan syakhsiah tidak songsang dewasa kini pun, pelbagai gejala sosial timbul. Apatah lagi jika kita ingin mengikut nasihat songsang perlakuan sumbang homoseks?
Mungkin beliau tidak membaca bahawa kegiatan homoseksual lebih mendatangkan mudarat besar dari sudut sosial dan kesihatan. Gejala jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al. Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks.[2] Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC juga melaporkan punca utama (83%) jangkitan sifilis adalah melalui homoseks.[3]
Mungkin beliau jga tidak meneliti laporan dari Kementerian kesihatan Malaysia berkaitan dengan jangkitan penyakit berbahaya HIV.[3] Polar jangkitan HIV dikalangan pengamal homoseks amat membimbangkan. Dalam laporan yang lain pula mendapati kenaikan mendadak jumlah pengamal homoseks, di mana dari tahun 2000 penyumbang utama HIV (80%, 3818 orang) dari kalangan penagih dadah (suntikan jarum). Tetapi statistik pada tahun 2015 pula terbalik, 80% (2752 orang) berpunca dari pelaku hubungan seks. tiga puluh peratus (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks.
Saya mencadangkan beliau menarik balik artikel tersebut supaya tidak mengeruhkan lagi pemikiran rakyat.
Pautan
[1] Homoseksual Itu Fitrah, Binatang Pun Buat-Zurairi A.R. https://www.menara.my/homoseksual-itu-fitrah-binatang-pun-…/
[2] Prevalence STD in Homosexual. https://academic.oup.com/…/COMPARATIVE-PREVALENCE-RATES-OF-…
[3] Laporan CDC. https://www.cdc.gov/msmhealth/std.htm
[4] Global Aids Respons Progress 2015. http://www.unaids.org/…/docum…/MYS_narrative_report_2015.pdf