t>

Breaking News

Jangan Masuk Singapura, Aku Nampak Aku Lempar Kau Dengan Kasut Zed Amuk Netizens Yang Bengang Najip Tersingkir Juri MLM.

Seperti yang kita ketahui, dalam minggu ini isu penyingkiran Najip Ali sebagai juri Maharajalawak berikutan terlibat dalam rancangan Ok Chope menjadi kontroversi di laman sosial. 

 

Ianya bermula apabila Najip Ali dan 3 pelawak Singapura yang lain menjadi panelis dalam rancangan terbitan Channel 5 Mediacorp itu dan menjawab soalan secara sindiran bagi mengisi tempat kosong dalam satu teka teki berkaitan tajuk berita tentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.


Baca : Cybertroopers UMNO Bengang Najib Jadi Bahan Lawak.

 

Perkara itu membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong Najib di alam maya seterusnya mereka membuat kempen bagi mendesak penyingkiran Najip Ali sebagai juri dalam program Maharajalawak terbitan ASTRO. 

 

Bagi mereka sesiapa sahaja yang mengkritik Najib tiada ruang untuk mencari makan di Malaysia walaupun program itu terbitan television swasta seperti ASTRO sekalipun. Astro kemudiannya mengumumkan pengacara nombor satu negara, Aznil Haji Nawawi sebagai juri tetap mengantikan tempat Najip Ali itu. 

 

 

Sebelum diminta meninggalkan program berkenaan, Najip Ali juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka namun ianya tidak diterima oleh penyokong Najib Razak. Penerbit program OK Chope juga telah melakukan tindakan yang serupa apabila isu tersebut semakin disensasikan.

 

Selain mengkritik Najip Ali, semakan kami di laman sosial juga mendapati penyokong-penyokong Najib turut mengkritik beberapa peserta Maharajalawak yang kata mereka telah membuat lawak menyindir kerajaan dan pemimpin negara. Woahh~~tisunya. Patut ke rasa takut?? 😑😑😑😑


Ketika ditanya media mengenai penyingkiran Najip Ali, Zed Zaidi sebagai wakil SENIMAN membuat kenyataan balas bahawanya isu tersebut tidak membabitkan sentimen emosi mana-mana pihak sebaliknya ia adalah tentang kebajikan artis Malaysia itu sendiri. 

 

Apabila mana-mana artis luar mengkritik kerajaan, mereka tidak menghormati imej negara. Oleh itu kerajaan juga patut bersikap tegas dengan mengambil tindakan terhadap artis-artis seperti itu. Zed Zaidi mahu permit bekerja Najip Ali ditarikbalik bagi memberikan pengajaran kepada artis berkenaan, katanya kepada pemberita.

 

Bagaimanapun respon Zed Zaidi itu menerima kecaman, hinaan dan kutukan netizens yang marahkan SENIMAN kerana berlebih-lebihan dalam isu tersebut. Ada yang beranggapan Zed telah menerima dedak bagi mempertahankan Najib Razak dan dicop sebagai artis UMNO.

 





Aznil Nawawi pula dalam responnya terhadap kejadian berkenaan menyifatkan pihak yang suka bakar boleh bakar diri sendiri. Dipercayai sindiran tajam itu ditujukan kepada pihak SENIMAN.

 

 

Manakala Afdlin Shauki pula mempertahankan Najip Ali dan menyifatkan gurauan Najip dalam program OK Chope itu tidaklah keterlaluan seperti dibayangkan oleh sesetengah pihak. Berikut di bawah kami siarkan kenyataan pelawak Adflin Shauki untuk bacaan semua. - Sozcyili.

 

Oleh : Adflin Shauki

 

Baru-baru ni Najip Ali di marahi ramai orang Malaysia kerana telah terbabit dalam isu penghinaan perdana menteri kita. Ramai yang terburu-buru memaki hamun najip ali kerana kononnya beliau juga menghina PM kita. 

 

Saya buat sedikit kajian dan menonton kembali segmen dalam rancangan ok chope itu dan mendapati yang dalam segmen itu pelawak pelawak di minta memenuhi keratan akhbar 'Najib slams ....... for hindering Malaysia's growth' dalam bahasa malaysia ianya bermakna Najib membantai ........ kerana menyebabkan kebantutan pembangunan di Malaysia. Najip ali menjawab ' Najib with a b slams najip with a p for threatening Malaysia's growth!' .... pada saya tak offensive dan tak kelakar pun. 

 

Yang masaalahnya adalah gang pelawak singapore yang menokok nambah dengan pelbagai issue untuk mengkomedikan keadaan... itu pada saya keterlaluan. Mungkin kerana selain najip mereka takde yang mencari rezeki di Malaysia yang mereka langsung tak berjaga jaga bila berkata kata. 

 

Poin saya yang patut di persalahkan adalah penerbit dan stesyen tv yang mengeluarkan rancangan ini. Di Malaysia kita ada MCMC yang sentiasa memantau kontent di siaran tv Malaysia ini agar ianya tidak menyentuh perkara sensitif. 

 

Najip Ali adalah seorang yg sangat sensitive kepada perasaan orang malaysia. Pada saya dia tersepit di situasi yg dia tak ada ruang untuk mengawalnya kerana konten itu bukan dibuatnya Najip Ali tapi penulis dan penerbit rancangan itu. Alhamdulillah Najip dah pun meminta maaf jadi pada pendapat saya kita tinggalkan sahaja episode ini. 

 

Kita sendiri sentiasa mencari kemaafan dari Allah SWT , tapi kita tak sanggup memaafkan orang yang memohon maaf kepada kita. Janganlah kita terlalu hebat jika kita juga tahu kita ni insan lemah yang banyak buat silap.