Kau Tu Jururawat Jer Pun..

JURURAWAT AJE PUN
"Wei, Wari. Sekarang ni hang kerja apa?"
"Aku kerja stafnurse sekarang ni."
"Oh, takpe la. Dah rezeki, nak buat macam mana."
- - - - - - -
Rasanya tak perlu aku ceritakan pun, hangpa semua confirm dah tahu yang masyarakat kita sekarang ni cukup pandang remeh dengan kerjaya jururawat.
Macam dalam situasi aku bagi tadi. Walaupun dia tak secara terus terang menganggap kerjaya jururawat sebagai satu kerjaya remeh, tapi secara tak langsung perkataan yang dikeluarkan oleh dia menunjukkan bahawa dia tak rasa yang kerjaya jururawat ni ada kaliber atau karisma tersendiri.
Aku pun tak tahu dari mana kita semua dapat stigma bahawa kerja jururawat ni adalah satu kerja "kuli" atau sekadar kerjaya "sampingan / bantuan". Bagaikan kerjaya jururawat ni bukan watak utama dalam dunia kesihatan, tetapi sekadar watak kecil tanpa skrip yang jadi pokok palsu tak bergerak kat sisi pentas teater dunia.
Kita tengok balik zaman kita belajar kat sekolah rendah dulu. Masa cikgu kelas dok tanya apa cita-cita kita bila dah besar nanti. Berapa ramai yang pilih untuk jadi jururawat? Tak payah pandang jauh, saya sendiri pun awalnya dah pilih nak jadi angkasawan. Haha.
Walaupun ini sekadar impian kanak-kanak, kita harus tanya pada diri kita sendiri, adakah kita (jururawat) ni sebenarnya signifikan pada kaca mata masyarakat?
- - - - - - -
Jom kita lihat satu-satu apakah peranan sebenar seorang jururawat.
1. PERAWAT
Dah nama pun juru-rawat, mesti la kerja dia merawat orang. Tapi, rawat dari segi apa?
Jururawat ni, dia menguruskan segala segi perawatan, daripada segi kesakitan, penyembuhan, pencegahan penyakit, rehabilitasi, pemakanan, pergerakan (mobility), pengamalan gaya hidup, kebersihan dan penjagaan diri, pendidikan kesihatan, perancangan keluarga, pemerliharaan, penjagaan luar hospital, persediaan awal kelahiran sehingga lah ke hujung penamat kematian. Skop perawatan jururawat adalah tersangatlah besar, melebihi skop yang dipegang oleh staf kesihatan lain termasuklah para doktor.
Dalam kata mudah, kalau doktor dikenali sebagai pakar kesihatan, guru sebagai pakar pendidikan, juruterbang sebagai pakar penerbangan, maka jururawat adalah pakar dalam perawatan.
Skop kerja jururawat itu sendiri adalah independent (mandiri). Jururawat adalah satu entiti tersendiri. Tak terikat pada mana-mana pengurusan atau karier. Ia berdiri sendiri dan mampu menetapkan pengurusan sendiri. Malangnya orang ramai tak nampak semua tu. Bahkan ada jururawat sendiri yang tak nampak perkara ni.
'Jururawat' is far bigger than we ever imagined. Far bigger.
2. PENDIDIK 
Umumnya kita tahu bahawa individu yang memegang jawatan sebagai pendidik adalah seorang guru. Namun, adakah hangpa tahu bahawa jururawat juga adalah seorang pendidik?
Contoh mudah, di mana-mana kolej dan universiti kesihatan, kebanyakan pengajar adalah jururawat, terutamanya mereka yang mengajar dalam bidang tersebut.
Bukan setakat itu, jururawat bawahan seperti Jururawat Terlatih dan Jururawat Masyarakat juga adalah guru. Setiap hari, setiap masa jururawat akan beri pendidikan kesihatan kepada pesakit, nasihat kesihatan kepada klien. Terutamanya di klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia.
Sebagai contoh, Jururawat Masyarakat akan beri nasihat dan ilmu kepada pesakit untuk jaga tekanan darah, gula dalam darah dengan beri pendidikan pemakanan, aktiviti, gaya hidup dan banyak lagi. Jururawat Pergigian yang sentiasa berpesan kepada kanak-kanak untuk sentiasa jaga kesihatan gigi. Jururawat didesa dan pedalaman yang tak pernah henti melawat pesakit-pesakit dan komuniti diluar capaian hospital contohnya di perkampungan orang asli, kampung-kampung yang terputus rangkaian, sampaikan ada jururawat yang sanggup redah sungai untuk sampai kepada pesakit. Tak lupa juga kepada jururawat di klinik kesihatan ibu dan anak yang setiap masa beri pendidikan kesihatan terutamanya selepas melahirkan anak. Semua benda ni kita takkan dapat belajar di sekolah sahaja. Jururawat korbankan masa dan tenaga untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pendidik.
3. AHLI KELUARGA 
Jangan terkejut kalau aku kata jururawat juga adalah ibu, bapa, adik beradik kepada pesakit. Bukanlah secara perkaitan darah, tapi lebih kepada kesediaan untuk bersama pesakit dalam apa jua keadaan.
Ibu tunggal (single mother) yang telah tersilap langkah dan dibuang oleh ahli keluarga. Pelacur yang dah hidap pelbagai jenis jangkitan secara seksual. Penagih dadah yang terketar-ketar mencari sumber baru. Orang gila yang duduk di tepi peleseran. Pelarian yang terperangkap antara dua negara. Warga asing yang datang dengan tangan kosong. OKU yang janggal dengan dunia sekelilingnya. Mangsa rogol yang trauma. Ibu ayah yang dilupakan oleh anaknya. Anak yang dibuang ibu bapa.
Semuanya akan tetap diuruskan oleh jururawat, tak kira la dari apa jua segi. Makan disuap, mandi dilap, sakit dirawat. Jururawat dah jadi macam ahli keluarga 'tak rasmi' kepada mereka ni. Tu baru kes-kes khas. Apatah lagi kes-kes biasa yang selalu kita dengar dan lihat.
4. BARISAN PERTAMA (FIRST LINER)  
Kalau anda nak tahu, apabila berlakunya sesuatu bencana major ke minor ke, wabak dan epidemik ke, rusuhan dan peperangan ke, antara yang akan terlibat dengan barisan awal (pertama) dalam pengurusan bencana adalah jururawat.
Ya. Tak caye, tengok kes Ebola haritu. Jururawat bertindak dalam penjagaan dan pencegahan rebakan wabak. Kalau ada peperangan (minta dijauhkan), jururawat akan terlibat dalam gerakan medik disamping gerakan polis, tentera, bomba, JPAM dan sebagainya.
Kadangkala kalau tak ada wabak dan bencana pun, bila ada event besar macam rombongan haji ke Tanah Suci Mekah, atau perarakan Hari Thaipusam, atau event sukan kebangsaan dan antarabangsa contohnya Sukan Komanwel, SEA, jururawat lah yang akan bertindak sebagai first liner.
5. LAIN-LAIN 
i) Pengkaji
Dah ramai dah jururawat yang melibatkan diri dalam bidang kajian di Malaysia. Semua kajian yang melibatkan kesihatan tubuh badan seseorang manusia boleh dikendali oleh seorang jururawat, walaupun pada mata orang ramai, jururawat sekadar pembantu doktor.
ii) Maintenance 
Kerusi roda rosak? Bak spannar. Paip atas siling bocor? Meh spannar. Pintu jammed? Bak screwdriver. Kemas stor? Bak tangga. Infusion pump rosak? Bak hammer (yang ni gurau je).
Sampaikan oksigen tank bocor pun jururawat jugak kena repair. Mostly malenurse la. Pasal kederat depa ada. Tapi tak terkecuali jururawat wanita ye.
iii) Housekeeping
Bed making toksah cakap la. Hujung jari. Silap-silap lagi cantik bed yang dibuat kat hospital berbanding kat rumah. Mop lantai? Lap dinding? Ada je jururawat yang buat. Tandas bocor sampai melimpah-limpah najis? "Ehem, nurse!!"
iv) Writer
Ya, dah ramai jururawat yang join dunia penulisan. Daripada buku teks kurikulum sampailah ke penulisan novel. Tak lupa juga kepada penulis cacamerba yang sekadar menulis dalam wall FB sendiri, macam aku. Wahaha.
v) Manager
Hangpa rasa institusi kesihatan mampu bertahan ke tanpa jururawat sebagai tonggak dan tulang belakang utama? Kalau anda rasa boleh je, aku ingat nak minta 12 Mei dijadikan kelepasan cuti kepada semua jururawat sempena Hari Jururawat Sedunia. Hehe.
- - - - - - -
"Takyah beria sangat, bro. Jururawat je pun."
Aku takda la nak perkecilkan kerjaya lain dan angkat kerjaya jururawat tu sampai mendongak langit. Semua kerjaya ada strong points masing-masing. Tapi, give credit to where it is due.
Masyarakat kena tahu apa kerjaya jururawat tu yang sebenar. Aku taknak imej yang ditunjukkan oleh media dan drama kolot, fahaman dan perspektif songsang masyarakat merebak dan mengubah imej jururawat.
Jururawat itu pelbagai dan meluas. Malangnya upper echelon kita tak pandai nak tingkatkan imej jururawat pada mata masyarakat dan tekankan kerjaya kemandirian jururawat.
Harap lepas ni tak ada la stigma yang mengatakan jururawat itu sekadar pembantu doktor semata-mata. Doktor ada pembantu dia sendiri, PPP. Jururawat bukan pembantu mereka, tapi rakan sekerja mereka. Jururawat dan doktor berdiri sebagai entiti berasingan dengan tanggungjawab bersama.
So, buang la stigma "Jururawat < Doktor" dan buka perspektif baru, "Jururawat = Doktor".
Terima kasih.

Share this :

Previous
Next Post »