t>

Breaking News

Keluarga Ini Dimarah, Ditengking, Diherdik, Dihalau, Kerana Tumpang Berteduh Kat Masjid Ketika Hujan (Video Inside).

Memang salah akak.

"Memang salah akak, kawasan masjid, kena pakai tudung. Ini pon sebab nak tumpang berteduh sementara nak tunggu hujan berhenti dan petir kilat reda. Sementara nak temankan mak makan nasi. Yelahh dari pagi mak akak tak makan apa-apa. Sementara nak tunggu time melawat adik accident kat wad.

Ini masjid kan? Ini masjid, kau tu tak pakai tudung herdiknya



"Tiba-tiba ada seorang hamba Allah, datang terus sound,.” Ni masjid kan? Ni masjid kan? Ko tu tak pakai tudung, tolong hormat masjid, so ko boleh keluar sekarang!” Tapi memandangkan mak tengah makan, so ingat nak tunggu la mak habis makan. Rupa-rupanya die datang lagi, terus sound kali ke-2, ”Kan aku dah kata kan? Ni masjid kan? Ko ni tak hormat masjid ke?!".

Hujan lebat, saya minta berteduh sekejap..

"Ayah akak terus menyampuk, ”Lepas isteri saya makan ni, kami semua akan keluar, lagipon, hujan lebat dan petir, saya nak berteduh kejap. (Dalam video tu, korang pon nampak kan, mak akak pon tak habis makan pon lagi)".

Macam neh ke cara anak muda berbahasa?

"Tengokla cara anak muda berbahasa dengan orang tua camne? Angkat-angkat tangan camtu? Kalau nak marah akak, marahla akak sorang, tapi dengan orang tua pon ko punye la tinggi suara.."

Aku neh polis bantuan kat sini!

"Siap cakap, ”Aku polis bantuan sini!” Oo camni rupanye polis bantuan ye? Orang-orang sekeliling yang berada di situ, leraikan & suruh kami semua beredar je dari situ. Orang-orang situ pon cakap balik kat die, salah cara ko ni tegur orang! Kesian mak abah? Orang main herdik-herdik je. Alahaiii, besar sangat ke salah akak? Nasibla akak pun fikir memang akak yang salah, so akak diamkan je. Disebabkan hujan lebat, petir kilat, terima kasih atas ihsan orang ramai bagi payung untuk mak abah tadi", kata Lizsa di Facebooknya.

Tular di media sosial tentang rakaman video yang memaparkan kejadian tentang satu keluarga yang terpaksa keluar meninggalkan masjid dalam keadaan hujan berikutan salah seorang ahli keluarga mereka tidak memakai tudung ketika berada di dalam masjid.

Lokasi dikatakan berlaku di masjid yang terletak di Hospital Besar Kuala Lumpur. Individu yang menghalau secara kasar pula dikatakan adalah polis bantuan yang berkhidmat di hospital berkenaan.