Kes Dera Bukan Kat Tahfiz Je Kat Catholic Church Pun Ada Kata Editor.

Oleh : Ooi Kok Hin

Tentang kisah malang yang menimpa adik Thaqif, apakah tiada orang yang mengetahui perkara ini sehinggalah mangsa dimasukkan ke hospital? Benarkah?


Tidak adakah sebarang tindakan undang-undang yang diambil memandangkan hanya seorang pekerja madrasah yang terlibat? Bullshit. Mangsa berada di dalam madrasah tersebut selama dua bulan di mana, mangsa telah menulis luahan hatinya di dalam sebuah buku nota kecil. 

Nota Thaqif
Adakah mangsa pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara ini atau mungkin mangsa pernah meluahkan isi hatinya pada orang dewasa lain tetapi tiada siapa yang mahu mempercayainya. Macam mana pula dengan pelajar-pelajar yang lain, tidakkah mereka perasan perubahan dan penderitaan yang sedang dialami oleh mangsa semasa berada di madrasah? 

Terdapat 110 orang pelajar sahaja yang berusia di antara 11 hingga 17 tahun. Tidak termasuk 15 orang pekerja di madrasah tersebut, tiada kah seorang pun yang perasan bahawa mangsa mengalami kesukaran untuk memegang pensil mahupun berjalan? 

Memang mudah untuk mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dan kemudiannya menutup kes seperti ini kononnya tiada apa-apa yang terjadi. 

Mari kita melihat kepada fakta dan berfikir secara logik. Pihak sekolah telah mengambil individu yang mempunyai rekod jenayah lampau sebagai pembantu warden. Nak kata peluang kedua? Okay. Fine. Tetapi mengambil bekas banduan sebagai pekerja yang diamanahkan untuk menjaga kanak-kanak berusia 11 tahun? Come on..

Point saya, look at the big picture. Kes ini tidak harus diingat sebagai seorang warden memukul Thaqif hingga mati. Kes ini membangkitkan soalan untuk kita. Mengapa budak-budak yang kena dera tu tak nak cakap kepada pengetua atau ibubapa? 

Bukan seorang je yang kena pukul, why no one says anything? Or if they did, kenapa tiada seorang yang percaya pada mereka? Abused victims usually leave a trail of hints. Adakah kes ini satu pengajaran kepada masyarakat kita yang tidak percaya apabila kanak-kanak berkata mereka didera? 

Teringat kes sebelum ini, budak-budak sekolah agama yang didera secara seksual. Isolated and unrelated incidents, atau satu gambaran besar tentang tragedi yang menimpa masyarakat yang mudah sangat percaya pada senior figure/religious authority sampai tidak boleh bayangkan mereka melakukan sesuatu terhadap kanak-kanak? 

Ini bukan soal hentam sekolah agama Islam. Kes dera kanak-kanak oleh Catholic Church (banyak sangat mangsa!) sangat berleluasa kerana sebab yang sama : serahkan kanak-kanak kepada manusia yang dilihat maksum dan assume no harm can be done. 

Sebenarnya, precisely this assumption that leaves the kids with the most risk of exploitation. I pun tak faham, ibubapa demographic macam mana yang hantar anak-anak baru 10, 11 tahun ke boarding schools? 

Sangat tidak digalakkan kerana budak-budak semuda itu tidak tahu mempertahankan diri dan terlalu mudah mengikut arahan senior figure. 

If you are a parent, your 11 year old kids should be at home with you, not away in a strange place with strangers where they could not/unable to protect themselves.

Share this :

Previous
Next Post »