t>

Breaking News

Penyokong Bola Sepak Kedah Nak Fasiliti Kelas Satu Tapi Perangai Macam Kelas Ke 8.

Oleh : Sobri Sudin

ADA APA DENGAN STADIUM DARUL AMAN??
 
Sikap tak mencerminkan mentaliti penyokong pasukan elit. Mereka harapkan fasiliti kelas pertama tapi perangai minda ke 8. 


Gambar Oleh Sobri Sudin
Nak kemudahan terbaik tapi tiket murah

Mereka nak segala kemudahan terbaik namun tiket antara termurah berbanding stadium lain di Malaysia. Mereka merungut itu dan ini tapi hujung pangkal, sebab musabab dan proses berhubung penyelesaian sesuatu isu langsung depa tak kaji dan amati dengan mendalam. 

Sampai tak boleh beza antara KFA dan Perbadanan Stadium. KFA memiliki team Kedah, Stadium Darul Aman milik Perbadanan Stadium dan diurus oleh mereka. 

Sejak bila pulak KFA ada dan bina stadium? Untuk setiap game KFA kena sewa dan bayar pada Perbadanan Stadium termasuk levi, sewa padang dan lain lain hampir RM40 ribu. 

Naiktaraf stadium Darul aman yang usia dah melebihi 50 tahun dibuat berdasarkan kemampuan kewangan Perbadanan stadium sebab ianya juga agensi negeri yang sebahagian besar bergantung pada bajet negeri. 

Soal lampu limpah, MB dengan bermurah hati sudah luluskan bajet bagi penambahbaikan dan sebut harga bagi penggantian lampu dan naik taraf melalui prosedur perolehan kerajaan makan masa 3 bulan. 

Gambar Oleh Sobri Sudin
Sudah diputuskan sepanjang Liga berenti rehat lebih sebulan nanti sempena Puasa dan Raya banyak kerja naiktaraf dan teknikal dibuat untuk stadium. Untuk scoreboard bagi diganti LED Board dan seluruh kemudahan lain yang utama memakan belanja RM10 juta. Permohonan bajet sudah dibuat dan negeri sendiri akan tampung mana yang boleh. 

Ada yang tak bayar sewa

Punca perolehan Perbadanan stadium juga seringkali tersentot. Apa tidaknya puak yang dok sewa kedai keliling stadium culas nak bayaq sewa. Kita sebut nama depa malu pulak satgi. Elekterik ada yang dibuang penyambungan haram bagi jimatkan bil letrik kedai depa. Patut la bila bil TNB sampai ke Perbadanan stadium sebulan RM45 ribu kena bayaq.

Ini antara sebab power lampu limpah koi kurang. So macam macam hal. Sembang boleh la itu ini tapi segalanya jika nak fasiliti hebat perlukan bajet hebat, tapi nak bajet hebat macam mana. 

Dengaq pengumuman yang menonton bola satu game 27 ribu orang. Tapi collection duit tak setara dengan jumlah penonton. Hangpa beli tiket satu RM10 bawa mai selori dengan anak kecik. Cucu siap berdukung lagi. Habis camno? Patut yang ada tiket ramai kena berdiri. 

Penyokong Kedah kena ubah sikap kuno

Tempat duduk sebelah hangpa yang kosong hangpa buat letak makanan burger dan ayaq, sikap dan attitude style Kedah kuno ni kena diubah. Boleh diumpamakan seperti hangpa nak pakai kereta BMW new series tapi nak bayaq muka RM300. Lepas tu nak bayaq bulan pula RM245 sama dengan bayaq bulan kereta kancil. Where got road bro?

Apapun teguran demi teguran untuk kebaikan harus diambil perhatian oleh Perbadanan stadium terutama pengurus besarnya. This is Darul aman and selamat pagi 6-1.