t>

Breaking News

Senarai Bahan Kosmetik Yang Tidak Boleh Digunakan Ketika Hamil - Take Note Ibu Mengandung!

Oleh : Doktor Zubaidi

KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL

Sumber Gambar - Google
Perhatikan pada label dan bercakap dengan ahli farmasi yang bertugas ketika membeli bahan kosmetik yang dijual di farmasi.

Ini bagi mengurangkan risiko kemudaratan ketika hamil, elakkan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini.

1. Aluminum chloride hexahydrate: Terutama pada deodorant dan spray antiperspirant.

2. Beta hydroxy acids: Salicylic acid, 3-hydroxypropionic acid, trethocanic acid and tropic acid pada kream pemutih muka.

3. Kream sunscreens: Avobenzone, homosalate, octisalate, octocrylene, oxybenzone, oxtinoxate, menthyl anthranilate and oxtocrylene.

4. Diethanolamine (DEA): terdapat pada shampoo.

5. Rebonding rambut. Bahan kimia yang meluruskan rambut mengandungi formaldehyde, quaternium-15, dimethyl-dimethyl (DMDM), hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, sodium hydroxymethylglycinate, and 2-bromo-2-nitropropane-1,3-diol (bromopol).

6. Bahan pemutih kulit seperti hydroquinone, idrochinone and quinol/1-4 dihydroxy benzene/1-4 hydroxy benzene.

7. Bahan plastik dan pengawet mengandungi propyl, butyl, isopropyl, isobutyl dan methyl parabens.


8. Bahan plastik dan pewangi sentetik mengandungi diethyl dan dibutyl phthalates.

9. Ubat jerawat dan pembersih muka Vitamin A, retinoic acid, retinyl palmitate, retinaldehyde, adapalene, tretinoin, tazarotene dan isotretinoin.