t>

Breaking News

Suami Jangan 'Makan' Luar, Kasihan Kami Para Isteri - Nasihat Jupe Yang Ditinggalkan Suami Kerana Hidap Kanser

Dua tahun lalu, Jupe atau Julia Perez, penyanyi dangdut terkenal Indonesia disahkan menghidap kanser servik dan ia dikaitkan dengan kisah lampau suami yang dikahwini pada 2013, Gaston Castano. 
Jupe juga ditinggalkan suaminya selepas disahkan menghidap penyakit kronik itu. Nasib Jupe mendapat simpati meluas ramai pihak.
Jupe
Dalam pada itu, kondisi terbaru Jupe dilaporkan daya ingatannya mula merosot dan sukar mengenali orang disekelilingnya kesan daripada kanser servik yang dialaminya.
Adik kepada Jupe, Nia Anggia memberitahu media negara itu kesihatan kakaknya semakin parah dan sukar untuk mengenali anggota keluarganya sendiri.
Sebelum ini media melaporkan berat badan Jupe semakin merosot, dan beliau juga sudah tidak mampu berjalan.
Meskipun menderita kanser servik tahap 4, Jupe sempat berpesan kepada kepada kaum wanita di luar sana agar sentiasa menjaga kebersihan anggota sulit.
"Jangkitan virus (kanser) juga berlaku dengan cara kita membuang air kecil yang tidak dijaga", katanya.
Jupe turut mengecam tindakan sesetengah suami yang suka meniduri wanita lain selain dari isteri.
"Itulah sebenarnya yang membuatkan saya dijangkiti dan hidup saya hancur. Virus ini datang dari suami. Saya nasihatkan suami jangan 'makan luar' (berzina), kasihan kami para isteri.
Banyak faktor yang membuatkan penyakit ini merebak. Bercium, berpeluk, bertukar pakaian dalam (sesama pasangan zina) antara punca ianya merebak. Jauhi la hal-hal yang semacam ini", katanya lagi. - Sozcyili