t>

Breaking News

Wanita Cadang Masjid Atau Surau Jarak 50m Dari Rumah Minta Izin Sebelum Laungkan Azan.

Salah seorang pengasas NGO BEBAS yang terkenal kerana membantah pindaan akta #ruu355 pada ahad lepas mencadangkan agar mana-mana masjid atau surau yang berjarak kurang dari 50 meter dari kawasan perumahan meminta izin dari penduduk sekitar bagi melaungkan azan sebanyak 5 kali sehari.

Azira Aziz yang melontarkan pandangan tersebut melalui akaun Twitternya @ladymissazira berkata, 
"masjid atau surau yang berada di dalam kedudukan 50 m dari kawasan perumahan, sepatutnya disyaratkan untuk meminta kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan 5 sehari".

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada berita Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan. 

Selain daripada itu Azira juga melontarkan dakwaan bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat.


Masalah fundamentalisme yang melanda Malaysia pada ketika ini, ditegaskan oleh Azira sebagai berpunca dari budaya Arab yang diimport ini. 

Cadangan Azira itu bagaimanapun mendapat respon negatif netizens apabila rata-rata penganut muslim memilih untuk mengecam dirinya kerana memberikan cadangan tersebut. - Sozcyili