Akhirnya Ia Mati Juga - Kisah Kucing Mati Mengikut Tuannya Membuatkan Netizens Menangis..

Kisah sedih tentang seekor kucing yang akhirnya mati mengikut tuannya mendapat perhatian netizens di laman sosial. Malahan ada yang menangis dan merasa sayu melihatkan kasih sayang kucing tersebut terhadap tuannya yang telah meninggal dunia terlebih dahulu dari kucing tersebut.

Ia dikongsikan sebanyak 19,351 kali (ketika artikel ini ditulis) di laman sosial dan mendapat respon lebih dari 9,000 komen di post berkenaan.

Berikut kisah kucing tersebut yang mendapat perhatian netizens sejak beberapa hari lepas.
 
Oleh : Azreen MJ

Kisah 7 Mei
Seekor Kucing Yang Merindui Tuannya.
Setiap kali waktu dhuha ia hadir di tikar sejadah tuannya. Sambil menunggu sahabatnya selesai solat dhuha.
Selesai tuannya solat dhuha ia akan menemani tuannya bersarapan.
Mereka berdua akan berkongsi roti yang sama. Kawan bersembang dan berkongsi rahsia. Walaupun ia seekor kucing, kami percaya ia banyak menyimpan seribu satu rahsia yang kami anak anak tidak ketahui.
Tiba tuannya iaitu sahabatnya turun ke tanah, ia akan turun bersama. Kadangkala ia akan temankan sahabatnya gosok motosikal dan ke paya.
Bila tiba menunggu azan zohor, ia akan setia duduk di kerusi dihadapan sahabatnya sambil baring mendengar sahabatnya bercerita, kalau tak duduk dihadapannya, ia akan duduk di tembuk dan sahabat duduk di kerusi.
Bergitu juga waktu makan. Ia sahaja yang berani meminta ikan didalam pingannya. Selalunya sahabatnya akan kongsikan ikan itu selepas makan, kalau ikan tu tinggal seekor, mereka berdua akan berkongsi sebelah bahagian bersama. Mereka berdua suka share makanan bersama. Pernah aku curi mendengar arwah ayah ketawa sambil bersembang, rupanya dia sedang bersembang sambil senda gurau bersama.
Waktu maghrib or isyak, mesti si ia ada kembali akan baring di atas tikar sejadah, sambil menemani sahabatnya wirid sampai usai.
Kini sahabat baiknya telah kembali kerahmatullah. Teringat waktu aku menjadi imam solat jenazah sahabatnya, terlihat ia sedang meratapi jenazah sahabatnya di tangga dapur. Sambil melihat jenazah tuannya terbujur kaku disolatkan dan diusung ke dalam van jenazah. Ingin hati ini membawa ia bersama. Tapi bila ku toleh ke pintu ia telah tiada.

Telah hampir dua minggu tuannya pergi menghadap illahi. Badannya semakin kurus dan makan pun tidak mahu. Muram dan terus muram. Hanya kopiah dan tikar sejadah yang sering sahabatnya pakai sahaja menjadi pengubat rindunya.
Oh ia, hampir dua minggu pemergian ayahanda, baru aku perasan masa hari ayah kembali kerahmatullah si meow kesayangan ni menyambut kepulangan ku, sambil mengeow seolah meminta makan. Bila difahamkan, ia cuba memberi tahu satu berita yang terjadi pada sahabatnya. Teringat juga, ayah akan marah bila air kucing yang dia sediakan habis atau orang tumpahkan. Kewajiban dia setiap lepas dhuha ia akan pastikan 3 bekas tempat air kucingnya ada berisi dan senang untuk kucing minum. Kalau nak tahu, bekas air kucing dia bersih. Kita pun boleh kongsi buat minum.
Kisah 11 Mei
Kisah Cinta Kucing Kepada Tuannya.
10 Mei 2017, genap 2 minggu pemergian tuannya (sahabatnya). Dari seekor kucing yang gebu, manja dan menyit, kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah kembali kerahmatullah.
9 Mei 2017, ketika aku solat maghrib bersama isteri tersayang, surah lazim aku baca ayat Qursi seperti mana sahabatnya amalkan. Dari atas katil ku tanpa bermaya dia turun ke kaki ku. Tanpa menahan sebak airmata aku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui suara tuannya. Seusai solat. Aku berkata dengannya, "abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan. Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya". Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali". Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.
Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya. Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.
Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya. Pada hari Rabu yang sama hari sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal. Sambil ku melihat airmata abg meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada. Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok.
Nanti kat sana 'abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya bang😭😭😭'.
Kucing bernama 'Abang'.

Share this :

Previous
Next Post »