t>

Breaking News

Asal Usul Larian Marathon.

Asal - usul Larian Marathon
Pertempuran Marathon (490 SM)
Gambar - Lordman Kerol
Raja Parsi Darius 1 telah berusaha untuk menundukkan Greek dengan menghantar satu angkatan yang besar iaitu 25,000 infantri, 1,000 kavalri dan 100,000 pelaut bersenjata (pasukan simpanan), 600 kapal layar triremes dan 200 kapal bekalan pada tahun 490 Sebelum Masehi.
Apabila mengetahui kemaraan bala tentera Parsi ke Marathon, Jeneral Athens, Miltiades telah mengarahkan seorang pengutus (runner), Phidippides untuk berlari ke Sparta sejauh 225 km (140 batu) untuk meminta bantuan. Setelah merentas laluan bergunung ganang beliau telah berjaya tiba di Sparta dalam masa 36 jam.
Walaupun Sparta bersedia untuk membantu, mereka hanya boleh menghantar tentera ke medan setelah bulan penuh (mengambang), menurut kepercayaan agama mereka. Phidippides kemudian berlari balik ke Athen untuk menyampaikan berita tersebut.
Tentera Athens dengan jumlah 10,000 orang, jauh lebih kecil telah mengambil keputusan untuk bertempur di Marathon. Mereka memilih satu kawasan yang berpaya dan bergunung - ganang untuk memerangkap pasukan infantri Parsi dan menghalang pasukan berkuda Parsi memberikan bantuan. Tentera Parsi yang panik setelah dikepung berundur semula ke kapal - kapal mereka.
Dalam pertempuran ini 6,400 tentera Parsi terbunuh dan 7 kapal berjaya dimusnahkan, manakala bagi pihak Greek hanya mengalami 203 kematian (rujukan Herodotus). Bagaimanapun, tentera Parsi yang berundur telah bercadang untuk menyerang Athens sebelum tentera Athens sempat kembali dari Marathon.
Mengetahui akan rancangan tentera Parsi ini, tentera Athens telah mengutus seorang pelari, Eucles untuk menyampaikan maklumat tersebut supaya Athens bersedia. Beliau mengambil masa 3 jam untuk tiba di Athens yang jauhnya 40 km (26 batu) dari Marathon. Setibanya di Athens, beliau hanya sempat menyampaikan "Kita telah berjaya !" dan seterusnya meninggal dunia kerana keletihan. Bagi mengenang peristiwa ini, acara larian marathon telah diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1896 di Athens.
Terdapat beberapa versi dalam mitos ini, dan menurut lagi satu kisah, tentera Athens dengan peralatan armor dan senjata lengkap telah melakukan perjalanan pantas dari Marathon ke Athens bagi mempertahankan Athens dari serangan Parsi. Mereka tiba pada waktu tengahari dan melihat kapal - kapal Parsi belayar pergi.
Selepas kematian Darius 1, anaknya Xerxes 1 menyerang sekali lagi pada tahun 490 SM.
Olahan dari Rafe Rahmat
Tahukah anda larian 40km bermula pada tahun 1896 ketika Olimpik era moden dengan jarak bermula di Marathon ke Athens diperkenalkan sempena memperingati Pheidippides.
Beberapa pelari USA pulang dari Olimpik 1896 dan memperkenalkan larian jarak jauh ini di Boston. Ianya dianjurkan setiap tahun dan menjadi larian tertua di dunia dan dipanggil Boston Marathon
Marathon hanya untuk lelaki sehinggalah dibuka secara rasmi untuk kaum perempuan pada Olimpik 1984 di Los Angeles.
5km dan 10km tidak dipanggil sebagai marathon tapi hanya larian.