Awas Riders, Ada Pemandu UBER Yang Kongsikan Gambar Anda Secara Curi Bagi Tujuan Mengaibkan!

Tak amanah. Itulah perkataan yang sesuai dilemparkan kepada sikap sesetengah pemandu Uber Grabcar yang menyebarkan gambar penumpang mereka yang sedang tidur.


Menurut Nazmi, terdapat satu group di Facebook yang disertai oleh komuniti Uber yang berkongsikan gambar-gambar penumpang yang mengaibkan. Perkara itu juga disebarkan secara berleluasa dikalangan pemandu Uber dan Nazmi berkongsikan kekesalannya berhubung sikap sesetengah pemandu Uber yang memalukan penumpang mereka.

Berikut luahan Nazmi.

Tengok di sebuah group Facebook ini, ada segelintir pemandu U/G yang kadang-kadang tanpa sedar membuka aib si penumpang. Malah adakalanya mereka kongsi gambar-gambar penumpang.

Walaupun sekadar nak berkongsi benda kelakar, tetapi bagi saya, tindakan itu amat tak betul. Pemandu U/G sepatutnya menghormati privasi penumpang mereka. Tidak kisahlah kalau penumpang itu warganegara Bangladesh, Indonesia, Afrika ataupun rakyat Malaysia sendiri. Etika itu perlu ada pada diri kita.
Sudahlah penumpang (yang beri rezeki) bayar perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu, tetapi pemandu mengaibkan si pemberi rezeki. Saya berharap, mana-mana pemandu U/G pernah buat begini, jangan mengulangi kesilapan ini lagi.
Bukan untuk pemandu saja, bidang pekerjaan yang lain pun sama terutamanya yang melibatkan bahagian servis yang berurusan dengan pelanggan. Cuba bayangkan kalau kita sendiri yang terkena situasi seperti ini. Malu beb! Dahlah dikongsi di media sosial.
Tak boleh bayangkan kalau ada pegawai perubatan yang ada perangai seperti ini. Habis terkeluar benda-benda yang dalam kain dikongsi di media sosial.
Niat saya sekadar mahu menegur perkara yang tidak betul. Menasihati sesama kita manusia di atas kesilapan yang mungkin kita tidak sedar. 

Share this :

Previous
Next Post »