t>

Breaking News

Bermula Dari UiTM, Kini Bergelar Pelajar PhD Pada Usia 24 Tahun.

Oleh : Jee Suhaimi

Bermula dari asasi undang-undang UiTM Kuantan, seakan kurang bernasib baik untuk saya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang yang sama. Pointer di bawah 3.00 dan keputusan MUET sekadar Band 3 tidak mematahkan semangat saya untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional), Akademi Pengajian Bahasa.


Mungkin ramai yang menyaksikan perjalanan hidup saya berjalan lancar. Selepas habis belajar, kemudian sambung belajar lagi peringkat sarjana (master) di UKM dan tahun 2016 sehingga kini menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah di UPM, Serdang.
“Kau pandai, bolehlah!”
Kalau siapa yang kenal saya, mesti mereka tahu yang saya ini tidaklah pandai mana. Tak pernah dekan masa sarjana. Tapi saya jenis yang suka buat-buat pandai (bertempat).
Dengan buat-buat pandai inilah saya akan belajar daripada kelemahan dan kekurangan sendiri. Usaha dan usaha sehingga jadi pandai. Itulah harga bagi sebuah kejayaan. USAHA!
“Kau kaya, bolehlah!”
Kenyataan ini agak lucu kalau saya hendak sahkan. Sebabnya saya lahir dari keluarga yang sederhana. Abah bekerja sebagai pemandu teksi, ibu pula suri rumah. Ya, dengan duit abah lah jadi sumber kewangan untuk saya sambung belajar. Saya siap janji lagi dengan abah.
“kalau angah dah kerja, angah bayar sikit-sikit ya,”. Bila ada tawaran biasiswa di peringkat master, saya isi borang, hantar dan terpilih untuk ditemu duga. Tak sanggup hendak guna duit abah semata-mata untuk bayar duit yuran di UKM. Bersaing dengan calon-calon hebat dan akhirnya saya dapat biasiswa tersebut. Bukan senang sebenarnya. Bukan senang.
Sekarang, saya kerja sambilan sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej swasta di Shah Alam dan hasil duit itulah saya bayar untuk yuran pengajian di UPM. Baru mula kerja, berapalah sangat boleh bermewah dengan kenyataan “Wah dah kerja, mesti kaya!”. Banyak komitmen yang kena laksanakan dengan duit gaji itu.
Terima kasih buat rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah yang banyak bantu saya. Tolong pindah barang dari rumah sewa, bagi pinjam duit dan sentiasa wujud waktu saya rasa dunia ini kosong tiada sesiapa! Anda tahu siapa anda dalam hidup saya. Bukan apa, sekadar memberi inspirasi kepada mereka yang masih ragu-ragu hendak sambung belajar ataupun tidak.

Terpulang pada diri masing-masing nak atau taknak untuk sambung belajar. Sekiranya anda tidak mahu sambung, tiada dosa besar yang perlu ditanggung atas keputusan anda. Barangkali ada alasan-alasan tersendiri yang hanya kita dan tuhan sahaja yang tahu. Kan?
Sekiranya hendak sambung, pasti kita akan usaha untuk sambung juga. Kan? Yang penting, jaga solat, jangan buat ibu bapa kecil hati dengan kita,selalu belanja orang makan dan USAHA serta YAKIN atas apa sahaja yang dilakukan. Jika tersungkur terperosok gagal walaupun setelah berusaha, itu semua kerja Allah. Siapa kita nak buat kerja tuhan?
Mohamad Suhaizi Bin Suhaimi
920615-xx- xxxx
No matriks UiTM: 2011xxxxxx