t>

Breaking News

Gara-Gara Lembu, Penganut Hindu Di India Sanggup Bunuh Orang.

Oleh : Xifu Naser

TERORIS HINDU MEMPERTUHANKAN LEMBU?

PADA 28 September 2015, lewat malam, pakcik Muhammad Akhlaq yang sedang tidur dikejutkan sekumpulan Hindu yang telah menerima berita bahawa kononnya keluarga telah menyembelih seekor lembu. Mereka menceroboh masuk rumah pakcik Akhlaq.

Beliau dibelasah hingga mati dan anaknya cedera parah. Penyiasatan makmal telah dibuat ke atas daging yang dijumpai di rumahnya. Peristiwa ini berlaku di Dadri, Uttar Pradesh India.

Penyiasatan pertama mendapati ia adalah daging kambing. Penyiasatan kedua juga dibuat dan didapati ia adalah daging kambing. Akhirnya, penyiasatan ketiga dibuat dan didapati mungkin daging lembu!

Ada empat perkara penting di sini. Pertama, kumpulan teroris Hindu ini hanya terima khabar angin tentang penyembelihan lembu oleh keluarga Akhlaq tanpa sebarang soal siasat. Kedua, kumpulan teroris ini membunuh seorang manusia dan mencedera parahkan seorang manusia lagi sebagai ganti nyawa seekor lembu. Ketiga, masyarakat di sana begitu mengambil berat sama ada daging yang dijumpai itu daging lembu atau daging kambing sehingga penyiasatan makmal dibuat berulang kali!

Keempat, pembunuhan atas nama lembu sudah menjadi seperti budaya di India. Lebih 10 orang Islam telah dibunuh dalam kes yang melibatkan lembu dua tahun kebelakangan ini. Kerajaan India juga sedang menimbang untuk menaikkan hukuman sembelih lembu dari tujuh tahun penjara ke penjara seumur hidup. Nyawa manusia tidak bernilai jika dibandingkan dengan nyawa seekor lembu.
Kerajaan Modi di India baru-baru ini telah melantik Yogi Adityanath, seorang sami Hindu, sebagai Ketua Menteri Uttar Pradesh. Amnesty International India telah memberi amaran tentang kenyataan-kenyataan Adityanath yang sangat bersifat rasis.

Beliau dilaporkan geram melihat masjid. Beliau berharap akan berjaya letakkan berhala-berhala di dalam masjid. Dalam satu video yang lain, beliau berkata, “Kalau mereka (Muslim) membawa lari seorang gadis Hindu, kita akan bawa lari seratus Muslimah! Kalau mereka membunuh seorang Hindu, kita akan bunuh 100 orang Islam!”

Tahun ini, seorang lagi pakcik Muslim dibunuh kerana mengangkut lembu. Menteri telah membuat pengumuman 'sambil lewa' bahawa kedua-dua pihak iaitu Hindu dan Muslim patut disalahkan. Kerajaan Modi di India sekarang tidak mengambil berat isu kezaliman terhadap orang Islam di India.


Zakir Naik telah membuat kenyataan bahawa kerajaan Modi adalah anti-Muslim. Buktinya ialah ia telah menaikkan Adityanath dan beberapa orang sepertinya. Tanpa mengira latar belakang politik teroris dan rasis di India, Hindraf dan dua tiga Muslim telah mendesak untuk hantar Zakir balik India.

Kita telah lihat walaupun kerajaan India dan Hindraf telah berusaha sedaya upaya untuk membuktikan Zakir adalah teroris, mereka tidak mampu mengemukakan walaupun secebis bukti. Apakah niat mereka sebenarnya?

Jakim telah menganugerahkan Zakir Naik sebagai Tokoh Maal Hijrah dan sebagai Pahlawan oleh Perkasa. Menteri Besar Terengganu berharap dapat bekerjasama dengan Zakir untuk menjadikan dua pulau Malaysia sebagai pusat latihan dakwah. Adakah semua autoriti Muslim ini teroris? Yang terbukti teroris ialah pergerakan Adityanath yang dikenali sebagai Pergerakan Hindutva yang tidak iktiraf Mahatma Gandhi sebagai Bapa Kemerdekaan India.

Apa yang diperjuangkan oleh teroris Hindu ini tiada kaitan dengan ajaran Hindu. Mahatma Gandhi, seorang tokoh Hindu yang hebat dan setia pada ajaran Hinduisme yang sejati, telah memperjuangkan polisi bahawa tiada masalah seorang Muslim menjadi Perdana Menteri India. Akhirnya beliau ditembak mati oleh teroris Hindu yang terlibat dalam pergerakan Hindutva.


Hindu yang sejati seperti Gandhi tidak akan mempertuhankan lembu. Hindu Malaysia adalah Hindu Gandhi kerana patuh pada kepimpinan Muslim Malaysia.

Tetapi teroris Hindu di India memang mempertuhankan lembu dalam erti kata mereka sanggup menghalalkan darah manusia demi mendapat keramat seekor lembu. Inilah yang dimaksudkan dalam puisi Mufti Perlis berdasarkan ayat al-Quran berikut yang bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya...?” (Surah 45: 23)

XIFU NASER 

Tokoh Pendakwah Perak