Halau Anak Umur 9 Tahun Dari Rumah, Ibu Ini Dikecam Netizens.

Tengahari tadi portal Harian Metro menerbitkan berita tentang penderitaan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang dihalau keluar dari rumah oleh ibu kandungnya sendiri dengan berbekalkan wang belanja sebanyak RM3.

Gambar - Harian Metro
Kanak-kanak itu dilaporkan berjaya diselamatkan oleh orang awam pada jam 11 pagi selepas kelibatnya yang tidak tentu arah disedari oleh orang yang melalui kawasan tersebut.

“Emak bagi RM3, lepas itu dia halau saya dari rumah dan suruh balik pada ayah di Kelantan,” katanya seperti dalam laporan portal itu.

Kanak-kanak itu turut mendakwa dihalau dari rumah oleh ibunya di Kampung Sungai Pasir, pada pagi kelmarin. 

Menurutnya, sebelum kejadian, dia dimarahi ibu dan kerana takut dipukul jika ingkar, dia terus beredar sambil membawa beg pakaian dan menuju ke arah jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir (SKSP). 

“Saya tidak tahu ke mana hendak pergi dan bagaimana mahu pulang ke Kelantan untuk berjumpa ayah”.

“Sebelum ini, saya pernah dipukul ibu biarpun salah yang dilakukan hanya sedikit, malah saya juga tidak dibenarkan ke sekolah sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Netizens berang dengan ibu kanak-kanak tersebut

Tinjauan penulis mendapati berita itu bukan sahaja tular dan mendapat perhatian netizens malahan rata-ratanya marah kepada ibu kanak-kanak tersebut.

Ada yang mahu menjejaki ibu kandung kanak-kanak itu bagi memberikan kaunseling. Ini berikutan anak itu dihalau keluar hampir 3 hari apakah seorang ibu yang normal tidak resah dan tertanya-tanya tentang keadaan keselamatan anaknya, soal netizens.

Buat anak tahu, jaga tak pandai pula


Budak pun ada perasaan


Ada juga ibu yang macam tu ya..



Bagaimanapun disebalik lambakan kritikan, terdapat sesetengah netizens yang bersangka baik dengan ibu yang menghalau anaknya itu. Ada yang mahu Harian Metro memberikan peluang kepada si ibu untuk memberikan penjelasan dari pihaknya dan tidak hanya bergantung kepada kata-kata seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun.

Penulis juga bersetuju dengan pandangan tersebut dan berharap pihak polis akan menyiasat kes ini atas nama penderaan dan pengabaikan anak ini berikutan kanak-kanak tersebut telah dihalau hampir 3 hari dari rumah ibunya. 

Adakah ibunya menyedari di mana anaknya berada sepanjang tempoh itu. Inilah yang perlu dipastikan samada ibunya itu benar-benar tertekan ataupun memang sejenis ibu yang suka mendera anaknya. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »