Individu Luah Perasaan, Tertekan Jadi Mangsa Khianat Pesaing Perniagaan.

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini telah menjadi mangsa perbuatan khianat apabila nombor telefonnya itu telah disebarkan di Facebook. Beliau yang menggunakan nama Mohd Hamizan telah mendedahkan perkara berkenaan di facebooknya.


Nombor telefon milik Hamizan yang disebarkan itu turut disertakan dengan satu gambar gadis yang berpakaian seksi dan terdedah seolah memberikan bayangan nombor telefon berkenaan adalah milik gadis tersebut.
Mohd Hamizan mengakui beliau menjalankan bisnes secara online di laman sosial dan mendakwa beliau menjadi mangsa perbuatan khianat yang dipercayai didalangi oleh pesaing beliau yang cuba menjatuhkan perniagaan miliknya.
Beliau turut memberitahu tahu semenjak nombor telefonnya mejadi tular di Facebook, kehidupannya tidak pernah aman apabila beliau sering mendapat mesej dan panggilan misteri yang tidak pernah berhenti.


Selain disebarkan di laman sosial dan group gersang, individu berkenaan turut menyebarkan nombor milik Hamizan di dinding tandas dan iklan Mymudah. - Sozcyili

Share this :

Previous
Next Post »