t>

Breaking News

Insiden Surau Taman Austin - Kami Minta Maaf, Jangan Panjangkan Cerita Lagi Rayu Pemandu Camry.

Abang kepada pemandu yang diserang di luar sebuah surau di Johor Bahru kerana membunyikan hon tanpa henti berkata, permohonan maaf sudah dibuat dan berharap isu itu dihentikan.
Gambar Oleh FMT
Toh Chai Chong, abang kepada pemandu Toyota Camry itu – Chai Eun berkata mereka mahu memperbaiki hubungan dengan wakil surau di Taman Austin Perdana dan berharap tiada lagi pertikaian awam berhubung isu itu yang berlaku minggu lalu.
“Kami menemui wakil surau semalam dan memohon maaf kepada mereka sebagai tanda gentleman,” kata Chai Chong.
Peniaga berusia 30 tahun itu berkata, beliau dan adiknya tidak mahu isu itu terus dibahaskan dan bertukar menjadi isu perkauman dan agama.
“Orang ramai di media sosial mengaitkannya dengan isu perkauman dan agama. Ia tiada beza dengan tindakan membuli dalam talian,” katanya.
Chai Chong berkata, sebagai ahli “Bangsa Johor” (rakyat Johor), mereka perlu belajar bagaimana untuk memaaf dan melupakan, serta lebih bertoleransi terhadap satu sama lain.
“Kami tinggal di Johor selama ini dan kami mempunyai kewajipan memastikan negeri kita aman,” katanya. 
Sebelum ini, Chai Eun dilaporkan meminta maaf kerana membunyikan hon berulang kali selepas mendapati kedua-dua jalan di luar surau itu dihalang kenderaan yang menyukarkan pergerakan keretanya.