t>

Breaking News

Jom Kenali Dan Belajar Bahasa Sabah..

30 tahun lalu saya dilahirkan(IC 12!)dan dibesarkan selama 20 tahun di Sabah. Walaupun dah tinggalkan Sabah sejak tahun 2007, bahasa Sabah tak pernah lekang dari lidah saya. 
Siapa yang pernah jumpa saya dan cakap bahasa Sabah dengan saya pasti tahu yang bahasa Sabah saya loghat nya masih pekat, sama macam waktu saya mula-mula bercakap waktu kecil dulu. Lagu negeri Sabah pun saya masih ingat satu persatu liriknya.
Bahasa Sabah tak sama dengan Bahasa Indonesia walaupun bunyi macam sama. Bahasa Sabah banyak dipengaruhi oleh bahasa Kadazan, Dusun, Bajau, Tausug, Murut, Tagalog. Bahasa Sabah juga berbeza ikut kawasan contohnya yang di Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dipengaruhi oleh bahasa Brunei, manakala yang di pantai timur seperti Sandakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu dipengaruhi oleh bahasa Bugis, Sulu, Tausug dan Tagalog.
Buat sahabat pembaca dari Semenanjung, kalau nak belajar atau tahu serba-sedikit, ini dia sedikit dari apa yang saya masih ingat dan guna sampai sekarang 😊👍🏻
Esbuk/aisbuk--peti ais
Akun--setuju
Ampai--letak. Contoh:Ampai seja tu baju sana(letak je baju tu kat sana)
Ampai-ampai--pengsan, hilang kesedaran
Ampus--lelah
Antam--pukul
Babat--gemuk
Bangas--basi
Bahai--plastik(bahasa Sandakan). Kalau di Tawau plastik ialah "kompek". 
Bubut--kejar. Contoh: Main bubut-bubut(main kejar-kejar)
Betagar--berkarat
Bida--hodoh, tak cantik
Bikin--buat
Bilang--kata/cakap
Biut--tidak lurus, senget
Budu--bodoh
Buyuk--tipu, bohong
Champin--hebat, terer, atau champion
Celana/selana--seluar
Durang--dorang
Garit--calar
Gerigitan--geram
Ging--geng atau kawan
Hambat/ambat--pukul. Sama macam antam.
Tu hari--haritu, semalam, kelmarin
Jerak/belak--bosan
Jepit--kepit
Karan--elektrik. Contoh: Mati karan(takda elektrik)
Kasi--beri, bagi
Kutang--baju dalam
Kunuk--konon
Kuyok--anjing
Limpang--baring
Limpas--lalu depan
Lugai-lugai--tak tentu arah, lepak tanpa tujuan
Mengkali--mungkin atau barangkali
Miring--sewel
-ping--digunakan untuk minuman sejuk. Contoh: Milo ping(milo ais)
Piring--pinggan
Pistak--seluar dalam
Sandi-teruk
Santut/Seluar katak/spender--seluar dalam
Seja/sijak--saja atau sahaja
Sigup--rokok
Sikul/skula--sekolah
Siring--tepi
Sungkai--buka puasa/iftar
Tingu/tinguk--tengok
Taruk--bubuh atau letak
Tapuk--sorok
Temahak--kuat makan
Teriak/berteriak--menjerit
Senduk-sudu
Sot--gila, dari perkataan "short circuit" maksudnya wayar putus(dalam kepala 😂)
Aku/sia/sa--saya
Iya--ya
Tia payah/nda payah/inda payah--tak payah
Ndapapa/nda papa--tidak ada apa-apa
Nda/inda/indak/tida/teda lah--tidak
Sumandak--gadis
Kami juga guna perkataan "anu" untuk orang ketiga atau bila kami inda tau nama orang atau untuk benda. 
Contoh :
1. Dia berantam sama si anu kemarin di skula(dia berpukulan dengan si polan semalam kat sekolah). 
2. Sudah kau ambil tu anu di kadai?(kau dah ambil ke barang kat kedai tu?)
Di Semenanjung kalau nda silap "anu" ni maksudnya kemaluan kan?
Kebanyakan perkataan dengan huruf "e" kami ganti dengan huruf "i"contohnya pergi jadi "pigi", pendek jadi "pindik", sejuk jadi "sijuk", besok/esok jadi "bisuk/isuk", memang jadi "mimang". 
Ada juga perkataan dengan huruf "e" kami ganti dengan huruf "a" contohnya penat jadi "panat", pening jadi "paning", beli jadi "bali", kerbau jadi "karabau", terap(sejenis buah keluarga cempedak) jadi "tarap". 
Ada juga perkataan dengan huruf o kami ganti dengan huruf u contohnya orang jadi "urang", bola jadi "bula", boleh jadi "bulih", bodoh jadi "buduh/budu", monyet jadi "munyit", rosak jadi "rusak", tolak jadi "tulak", kopi jadi "kupi".
Ayat-ayat tambahan :
1. Tambirang/betrip/minta puji/tapuji--berlagak
2. Kin panas--buat orang marah
3. Dari kau seja tu--up to you
4. Palui--bodoh
5. Talingung--bodoh
6. Bertabiat--buat hal. Contoh: bertabiat ni anak!(eh buat hal pulak budak ni!)
7. Kitai
8. Adui dogo/doi dogo'--macam terkejut
9. Ni kali la
10. Aku tampiling--aku tampar 
11. Pindik tagap--lelaki kuat
12. Aramaitii!--ucapan sebelum minum/moginum tapi kami guna meluas bukan untuk minum/moginum seja.
13. Uina!/wuina jo!-kiranya macam "woi!" atau wow
14. Buli bha/bah kalau kau! 
15. Astaga...-- astaghfirullah, tapi bukan Muslim pun guna 😆
16. Paling manang--hebat 
17. Santiki!--macam high 5 tapi guna ibu jari
18. Teda-teda bah kau ini--ape2 je lah kau ni
19. Saaaana Ranau--biasanya bila orang tanya kat mana atau di mana seseorang atau sesuatu benda, kami jawab sanaaa Ranau walaupun benda tu bukan di Ranau 😂
20. Andu/ndu bah--ala kesiannya...
Bah my fellow Sabahan, kalau ada lagi sa tertinggal kasi tambah dulu kunuk di ruang komen! Makasih!
Oh iya... Tidak semua perkataan kami tambah "bah" di belakang jadi inda payahla setiap satu perkataan kau tambah "bah" ah. 😊