t>

Breaking News

Kenyataan Media : Isu Pecahkan Pintu Masuk ATM Secara Bersiri Di Perak.

KENYATAAN MEDIA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH PERAK- PERBUATAN MEMECAH CERMIN PINTU BILIK ATM BANK DI SEKITAR BANDARAYA IPOH, PERAK
Lanjutan daripada berita online yang telah dilaporkan oleh Malaysian Post pada 6 hb. Mei 2017 berkaitan perbuatan memecah pintu bilik ATM milik beberapa bank di sekitar Bandaraya Ipoh, Polis Perak telah menjalankan siasatan terhadap kes ini.
Berikut merupakan fakta sebenar kejadian yang berlaku di empat buah lokasi iaitu cermin pintu masuk Hong Leong Bank Medan Gopeng Ipoh pada 06/05/2017 jam 0205 pagi, cermin pintu Public Bank Medan Gopeng Kg. Rapat pada 06/05/2017 jam 0225 pagi, cermin hadapan Public Bank Jalan Yang Kalsom Pekan Bharu Ipoh pada 06/05/2017 jam 0805 pagi dan CIMB Bank Persiaran Greentown 1,Greentown Business Centre Ipoh pada 06/05/2017 jam 0850 pagi.
Siasatan mendapati hanya pintu cermin ATM bank itu sahaja yang telah dipecahkan menggunakan objek keras. Siasatan forensik di lokasi kejadian telah menunjukkan tiada sebarang percubaan untuk memecahkan atau merosakkan mesin ATM berkenaan dan semua mesin ATM tersebut berada dalam keadaan baik. 
Perbuatan khianat ini dipercayai dilakukan oleh individu atau kumpulan yang sama berdasarkan modus operandi yang digunakan.
Siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menangkap saspek yang terlibat.
(DATO' GAN TIAN KEE) SAC
KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH
PERAK