t>

Breaking News

Kisah Ustaz Rozaimi Yang Kononnya 'Tibai' RM30,000..

Kisah Dr Rozaimi tibai duit Rm30K?
1. Saya tidak mahu masuk campur isu mengenai Dr Rozaimi dan pihak yang berselisih dengannya pada mulanya. Tetapi rasanya perlu juga saya ceritakan mengenai isu ini kerana sudah melarat.
2. Saya pernah juga berjumpa Dr Rozaimi beberapa kali. Apa yang saya dapat nilai pada zahirnya, beliau seorang yang ikhlas berdakwah. Tahukah kalian, 8 jam Dr Rozaimi beri talk berceramah dan syarahan secara berdiri tanpa beliau meminta sebarang upah dan bayaran. Adakah kita sanggup melakukan sedemikian?
3. Dr Rozaimi pernah dijemput ke Kuala Kangsar, Perak, beliau penat datang dari KL ke Perak. 10 minit sebelum kuliah, beliau tertidur kerana penat. Akhirnya beliau pun berkuliah. Selepas kuliah, diberikan duit rm500 pada beliau. Beliau tidak ambil walaupun satu sen, tetapi beliau sedekahkan pada jurukamera yang rekod kuliah itu. Kemudian Dr terus pulang ke Kuala Lumpur dalam keadaan yang kurang rehat.
4. Dr Rozaimi ke Penang tahun lepas ada program di sana, duit kuliah tersebut, beliau beri pada orang lain untuk belanja makan. Beliau kemudian pulang ke Kuala Lumpur. Beliau seorang yang ikhlas berjuang untuk menegakkan agama. Pernah dinasihatkan pada beliau agar jangan terlalu keras menulis, nanti orang lari dari ustaz, Jawab beliau:
"ANA DAKWAH BUKAN HENDAK MENCARI PENGIKUT, POPULARITI dan DUNIA"
5. Saya tidak mahu tulis semua cerita di atas ini, tapi apabila ada pihak yang berbeza pandangan dengan Dr Rozaimi membuat fitnah mengenai isu iftar RM30K, saya tidak mahu berdiam diri. Hendak berbeza pandangan itu boleh, tetapi jika sampai menfitnah (buhtan) itu bukan menunjukkan sikap yang baik. Pada pandangan saya, doa pihak IQ dan Dr Rozaimi agar Allah ambil tindakan terhadap orang menfitnah mereka kononnya guna duit derma untuk kegunaan peribadi adalah wajar. Hal ini kerana sahabat rasulullah iaitu Sa'ad bin Abi Waqas juga mendoakan agar Allah mengambil tindakan ke atas orang yang menuduhnya. Wallhualam.