t>

Breaking News

Lepas Raya Ni Saya Tiada Kerja, Kirim Salam Kat Ujang Cakap Terima Kasih Kat Dia..

Minggu lepas laman sosial dikejutkan dengan berita pemecatan Ujang yang dibuat tanpa budi bicara. Susulan dari tindakan Nyla itu, laman page Upin & Ipin terpalit kontroversi sehingga mendesak Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Capoque untuk beri penjelasan kepada orang ramai.

Baca : Ujang Dibuang Kerja, Netizens Luah Kekecewaan 

Baca : Dikecam Teruk, Les' Capoque Tampil Beri Penjelasan

Pada awalnya ramai yang mengecam Nyla, syarikat yang diberikan lesen menerbitkan majalah komik Upin dan Ipin. Namun selepas pemilik Nyla mendedahkan arahan pemecatan datangnya dari Les' Capoque, netizens beralih sasaran dengan menyerang pengasas Upin dan Ipin itu.

Sungguhpun telah memberikan penjelasan, terdapat ramai pihak yang enggan menerima alasan pemecatan Ujang sehingga memaksa Les' Capoque menelan semua kritikan di laman sosial. Terdapat sesetengah yang membela tindakan Les' Capoque bagaimanapun lebih ramai yang bersama-sama Ujang atas dasar simpati.

Berikutan dari kontroversi hebat itu, dimaklumkan oleh seorang pekerja Nyla Sdn Bhd yang diberikan lesen menerbitkan majalah komik Upin & Ipin bahawanya beliau bakal kehilangan pekerjaan disebabkan Les' Capoque menarik semula pemberian lesen Upin & Ipin kepada syarikat berkenaan.

Baca luahannya dibawah ini;







Luahan itu disiarkan di laman Twitter Jarr Nadjmuddean.


Individu itu turut mengatakan bulan hadapan adalah keluaran terakhir komik Upin & Ipin bagi syarikat Nyla Sdn Bhd. Dan selepas itu beliau akan kehilangan kerja. 

Individu itu juga sempat berpesan agar mengirim salam kepada Ujang dan terima kasih kerana menyebabkan beliau kehilangan kerja dalam perbualan screenshot tersebut. - Sozcyili.