t>

Breaking News

Mufti KL Sepatutnya Disaman Kerana Tak Pakai Helmet, Bukannya Minta Maaf, Jangan Tunjukkan Undang-Undang Itu Pilih Kasih Kata Pengkritik!

Oleh : Ali Abu
Isu Mufti KL naik motor tak pakai helmet
Perbuatan Mufti KL memohon maaf kerana menaiki motorsikal tanpo memakai helmet adolah satu perbuatan terpuji. Meskipun begitu, penguatkuaso (dalam hal ini samo ado JPJ atau Polis Trafik) wajib menyaman beliau atas kesalahan itu walau apo pun alasan yang diberi oleh Mufti KL. 

Ini perlu bagi membuktikan bahawa sumo orang tertakluk di bawah undang-undang. Dan memohon maaf atas kesalahan yang juga termaktub kepada rakyat jelata yang lain bukanlah alasan yang ampuh untuk lari daripada disaman oleh pihak berkuaso. Tak boleh bias dan keadilan wajar ditunjukkan dalam hal ini.

KJ, TMJ, Najib, Mufti Perlis, Donald Trump atau sesapo pun yang menaiki motorsikal tanpo helmet di atas jalanraya Malaysia, wajib disaman jikalau terbukti mereka melakukan kesalahan trafik tersebut. Inilah yang dinamokan sebagai rule of law. Undang-undang didaulatkan tanpo mengira latarbelakang orang yang melakukan kesalahan. Kalau pekara ini tidak dititikberatkan, undang-undang akan dipandang enteng oleh orang ramai.
JPJ atau Polis Trafik perlu menyaman Mufti KL demi kedaulatan undang-undang. Jikalau tidak, rakyat jelata tidak akan respek dengan apo jenis peraturan dan undang-undang selopeh ini. 

Dan tidak menjadi kesalahan pula untuk orang lain membayar saman itu bagi pihak Mufti KL. Ye kalau den seorang yang kayo den on the spot bayar rm300 jumlah saman maksimun bagi kesalahan tidak memakai helmet itu untuk pihak Mufti KL kerana kagum atas kejujurannya mengaku telah membuat kesalahan trafik kepada rakyat Malaysia di internet. Ini benar-benar WOW bro!