Netizens Kecam Pengasas Upin & Ipin Selepas Ujang Dipecat, Ini Penjelasan Les' Capoque.

Selepas didedahkan kononnya Les Capoque dalang disebalik pemecatan Ujang, netizens menyerang laman rasmi Upin & Ipin di Facebook, rujuk episode pertama disini.

Ia gara-gara netizens mahu menyuarakan ketidakpuasan rasa hati mereka terhadap tindakan memecat Ujang tanpa budi bicara. Bahkan ramai menyifatkan tindakan itu ibarat habis madu sepah dibuang.

Netizens ancam boikot 



Tinjauan penulis juga mendapati hampir semua post termasuk post baru yang dikemaskinikan oleh admin fanpage Upin & Ipin diserang oleh netizens yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kartunis Ujang.




Laman rasmi Les' Capoque turut menjadi sasaran serangan netizens. Ramai yang tampil meletakkan rating negatif terhadap laman itu gara-gara pemecatan Ujang dari syarikat Nyla.




Penjelasan Les' Copaque

Dalam pada itu, Malaysiakini menyiarkan jawapan balas dari pihak Les' Capoque berhubung dakwaan kononnya syarikat itu dalang disebalik pemecatan Ujang.

Pemilik dan Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata kepada media bahawanya pihak mereka tidak pernah mengeluarkan arahan supaya kartunis Ujang dipecat dari syarikat penerbitan majalah komik Upin & Ipin.
Katanya, perkara itu timbul selepas pemilik Syarikat Nyla Sdn Bhd, Tunku Maziah Tunku Mukhtar meminta nasihatnya berikutan edaran komik untuk kanak-kanak itu mencatatkan kadar penurunan berbanding sebelumnya.
“Sejak dua bulan lalu isi kandungan Upin & Ipin banyak menyimpang, kami dapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak malahan terdapat cerita memasak pula di dalamnya.
“Sebagai pengeluar komik, dia patut bagi cadangan bagaimana hendak naikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu, penasihat kata jangan ubah apa-apa.
“Kami tidak suruh (arah pecat), tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam,” katanya kepada portal itu. 
Burhanudin berkata, hingga kini peranan sebenar Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon di syarikat berkenaan tidak diketahui sepenuhnya.
Malah, pelantikan Ujang sebagai penasihat juga tidak dalam pengetahuan Les’ Copaque.
"Kami (Les’ Copaque) beri lesen kepada Nyla Sdn Bhd. Tetapi kami memantau segala isi kandungan dan kebanyakannya kami bagi. Sebelum diterbitkan, mesti hantar pada kami untuk diluluskan, itu adalah prosesnya.
“Saya tidak tahu Nyla menggunakan Ujang sebagai penasihat kerana tidak terbabit dalam hal ehwal dalaman.
"Komik pula tidak memerlukan pelukis kerana hanya menggunakan tangkap layar daripada Upin & Ipin dan kemudian ditambah dialog,” katanya lagi.
Burhanudin turut mengulas insiden pemecatan Ujang. Ujarnya tindakan memecat serta merta tidak patut dilakukan, tanpa sebarang budi bicara.
“Tidak patut buang orang (pekerja) 24 jam, kalau hendak buang kena ada budi bicara. Kami pun tidak buang orang dalam tempoh sebegitu. Mungkin Ujang tidak perlu dibuang tetapi ditempatkan di bahagian lain misalnya,” katanya
Pemilik syarikat Upin & Ipin bagaimanapun turut meluahkan kekesalan di atas tindakan Ujang menghebahkan perkara itu di laman sosial.
Baginya tindakan Ujang menyebarkan perkara berkenaan di media sosial tidak wajar, memandangkan jenama mereka sudah menjadi ikon yang dikenali di dalam dan luar negara.
Pun begitu, pihak Les’ Copaque dilihat sebolehnya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
“Ujang menaikkan isu berkenaan di media sosial untuk dapatkan simpati orang ramai, dan Les’ Copaque pula mendapat nama buruk, kita jadi mangsa keadaan.
“Biarlah kami menunggu keadaan reda untuk memberi kenyataan lain, tetapi buat masa ini kami tidak mahu mengambil apa-apa tindakan kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan,” katanya lagi.

Share this :

Previous
Next Post »