Rosyam Nor Memalukan & Yang Bersalah Dalam Majlis TN50 Kata Afdlin.

Masih lagi berkisarkan tentang insiden David VS Mat Over pada semalam di program TN50 bersama Najib bagi membicarakan segmen seni hiburan. 

Dalam satu respon yang dipetik di facebook Afdlin Shauki, beliau mempertikaikan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rosyam Nor selaku moderator majlis. 

"Pada saya yg paling bersalah adalah moderator yang tidak mengawal keadaan dengan baik. 

Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap Kat PM 'dia ni memang kurang ajar datuk seri!' Apa tujuan memburuk-burukan keadaan bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yg terlalu nak menonjolkan diri," katanya dalam status berkenaan. 

Beliau turut memuji sikap Najib yang tenang dalam berhadapan situasi tersebut. 

Afdlin juga menyifatkan kelakuan Rosyam Nor itu amat memalukan dan mengaibkan industri seni. 

"YAB PM kita rilek aje, under control, berapa banyak bodyguard dan SB yang ada untuk mengawal keadaan. 

Sudahlah memang org kurang respect pada org dalam industri ni.... kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed zaidi kena ambil tindakan!!! 💆🏼‍♂️ yang bersalah adalah moderator majlis," katanya lagi. 

Tinjauan di laman sosial juga mendapati rata-rata netizens mengkritik kelakuan Mat Over dan sikap Rosyam yang dianggap berat sebelah. - Sozcyili. 


Share this :

Previous
Next Post »