Sebar Isu Jet Pejuang TUDM Gugur Bom - Ini Senarai Lengkap 10 Facebookers Yang Dicari Polis.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an ditahan pada semalam kerana dipercayai menyebarkan berita palsu dalam media sosial kononnya sebuah jet pejuang milik tentera sebuah negara yang berlegar di ruang udara di daerah ini menggugurkan sebutir bom di Sungai Muar. 


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek ditahan di sekitar daerah Muar bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lengkap berkaitan penyebaran berita tersebut. 
"Polis masih meneruskan usaha mengesan penyebar berita berkenaan yang lain dan menasihatkan mereka yang terlibat supaya tampil untuk diambil keterangan," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

Semalam, polis daerah ini meminta orang ramai untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak tepat berkaitan pesawat pejuang tersebut. 

Sejak beberapa hari lalu, satu rakaman suara berserta sebuah kenyataan ringkas milik seorang individu yang tidak dikenali identitinya menjadi tular dalam aplikasi WhatsApp apabila mendakwa beberapa jet pejuang milik Korea Utara berlegar di sekitar Muar dan Pagoh berikutan berniat untuk menjatuhkan bom di kawasan ini. 

Bagaimanapun, tinjauan mendapati pesawat pejuang tersebut adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Kuantan, Pahang membuat latihan penerbangan rendah di daerah ini.

Selain dari individu yang ditahan itu, polis juga sedang mencari pengguna-pengguna facebook & akaun media sosial yang lain seperti berikut :-
- Mohd Salleh Ismail
- Zue Aziz
- Balingviral
- Jebuk La
- Md Rafizi Misman
- Mohamed Radzie
- Rol Ea
- Zack Abdul Karim
- Zack Mozaff
- Zura Muar

Share this :

Previous
Next Post »