t>

Breaking News

Shaklee Tu Supplement, Buat Cara Supplement! - Sellers Shaklee Diserang Kerana Memperdayakan Pembeli.

Oleh : Nurul Mufidah Mn

Ok. Pasaipa PW (Pseudoscience Watch) ni tak puas hati dengan Shaklee's Sellers.

Cerita dia macam ni.

Semua orang nak sihat. Dan orang kalau dah sakit, sanggup buat apa saja la untuk berubat. Tak kisah berapa kena bayaq. So bila ada orang promote something yang bagus, depa akan beli.

Macam Shaklee ni. Depa dapat kebenaran untuk dijual di Malaysia sebagai supplement/makanan tambahan ja. Kalau baca dalam surat dan website depa, memang terang-terang depa dah habaq, produk depa tak boleh diclaim boleh kesan, rawat, sembuhkan atau cegah apa-apa penyakit. Dan disebabkan depa punya bisnes ni adalah MLM, depa bertanggungjawab untuk pastikan orang yang jual produk depa tu sampaikan info yang betul dan tak melanggar undang-undang. Ada akta tu, boleh kena saman.

Masalah yang jadi adalah apabila Shaklee ni bagi reward kat seller dia berdasarkan sales. Lagi banyak sales, lagi banyak dapat duit. So banyak seller yang langgar arahan ni dan jual produk dengan claim yang tak sepatutnya. Thats the problem. So orang yang beli atas claim-claim yang macam tu basically kena tipu hidup-hidup la.

To make it worse, doctors are among those yang involve ni. Siap ada yang sambil-sambil jual masa tengok pesakit di klinik. Which is wrong and totally unethical. Sebab ada conflict of interest. Bila dapat duit, sehari berpuluh-puluh kali share kat wall pasal produk Shaklee. Bila tak dapat keuntungan.. ada dak doktor yang pulun promote kat patient suruh inject insulin, makan ubat kolesterol, darah tinggi apa semua sampai 7-8 kali kat wall fb dia tiap hari? Takdak kan? Thats why la benda ni jadi isu.




Patutnya doktor yang buat iklan dalam fb etc, kalau ada orang report ke KKM/Majlis Perubatan Malaysia.. boleh kena tindakan tatatertib. Memang salah.

Kalau Shaklee ni betui-betui bagus, depa kena buat kajian lebih lagi untuk support produk depa. Dan buat clinical trial. Tengok betui ka dak ada effect macam yang dikata tu.

Sebenaqnya takdak masalah. Hospital dan klinik sentiasa dapat ubat baru. Semua ubat baru yang masuk dalam market, depa kena buktikan ada clinical trial support yang menyokong claim depa. Bawak pi present kat KKM, boleh lulus untuk masuk ke klinik dan hospital pun untuk bagi sebagai rawatan/supplement. Tapi masalahnya takdak. Thats why depa kekal dapat kebenaran untuk jual sebagai supplement ja.

So, jual la sebagai supplement ja. Walaupun begitu.. supplement-supplement masih tak boleh diclaim sebagai cara untuk cegah/rawat penyakit. Takdak bukti.

 


Pasaipa Shaklee cepat sangat respond bila PW serang depa pasal ni?

Sebab kalau ada orang bagi bukti-bukti gzmbaq camtu yang boleh buktikan seller depa dah langgar arahan/akta tu.. worse come to worse, depa boleh kena saman dan tarik balik dari pasaran la😶✌🏻

So actually, kalau company sendiri dah buat official statement kata produk depa bukan bertujuan untuk kesan penyakit, rawat penyakit, sembuhkan penyakit atau cegah penyakit.. buat apa mmbazir duit beli, ye dok?🙊

Renung-renungkan dan selamat beramal😬✌🏻