t>

Breaking News

Video Jemaah Masjid Mengamuk Kaw-Kaw Marahkan Pemandu Kereta Yang Hon Kuat-Kuat Waktu Solat..

Tersebar satu rakaman video yang kononnya seorang pemandu dibelasah teruk berikutan membunyikan hon berkali-kali ketika umat Islam sedang mengerjakan solat jumaat.

Tindakan pemandu itu dipercayai berpunca dari sikap sesetengah jemaah yang meletakkan kereta secara bersepah sehingga menghalang laluannya untuk keluar dari kawasan tersebut.

Bagaimanapun ada saksi yang mengatakan pemandu itu telah melanggar seorang lelaki dan cuba untuk melarikan diri. Namun seorang saksi lain yang bernama Amirul memberikan keterangan yang berbeza.

 
Bernama melaporkan, berdasarkan rakaman video itu, pemandu kereta berkenaan dilihat dikejar orang ramai sebelum cuba mengundurkan keretanya dan hampir melanggar orang ramai serta kenderaan lain.
Selain itu, seorang lelaki turut kelihatan memukul lelaki berkenaan menggunakan kon.
Seorang saksi kejadian, Muhammad Akmal Bakar, 18, berkata dia mendengar bunyi hon kenderaan ketika memasuki rakaat kedua solat.
"Bunyi itu amat kuat dalam tempoh dua hingga tiga minit dan mengganggu sembahyang," katanya yang pertama kali menunaikan solat Jumaat di surau tersebut.
Pelajar tingkatan enam itu berkata, sejurus keluar dari masjid, dia melihat beberapa individu menghentak kereta berkenaan dengan tangan selain turut mengejar kenderaan tersebut.
"Kereta itu bergerak ke depan dan mengundur dua kali dengan laju. Ada individu turut menghentak kereta menggunakan topi keledar," katanya yang melihat ada jemaah yang cuba meredakan keadaan.
Wakil surau yang enggan dikenali berkata pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Katanya surau tersebut mendapat kelulusan melaksanakan solat Jumaat sejak beberapa tahun lepas dan kejadian seumpama itu baru pertama kali berlaku.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan suspek merupakan sekumpulan lelaki.
Beliau menerusi kenyataan berkata pemandu kereta itu iaitu seorang jurutera lelaki berumur 28 tahun membuat laporan kejadian di Balai Polis Setia Indah, di sini dan dia mengalami luka di kepala serta badan akibat kejadian terbabit.
"Punca kejadian adalah ekoran daripada kesesakan jalan raya dan halangan di hadapan surau yang telah menyukarkan pergerakan pengadu (pemandu kereta) yang sedang melalui jalan tersebut.
"Pengadu telah membunyikan hon yang menimbulkan kemarahan beberapa orang yang bersolat Jumaat dan beberapa individu telah bertindak memukul kereta dan pengadu," katanya.
Menurut Kamarul Zaman, perjumpaan kemudian diadakan antara pengadu dan ahli jawatankuasa surau terbabit dan kedua-dua pihak bersetuju menyerahkan kes berkenaan kepada polis.
Polis sehubungan itu menyeru orang ramai supaya tidak menularkan insiden itu dan meminta suspek terlibat menyerah diri untuk membantu siasatan, katanya