Wajah Lelaki Yang Potong Jari Anak Saudara Akibat Dendam Kini Tular Di Laman Sosial.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan seorang lelaki yang berusia 31 tahun didakwa memotong jari kelingking anak saudaranya sendiri sebagai tindakan membalas dendam terhadap abangnya yang juga ayah kepada kanak-kanak tersebut.


Suspek yang jadi buruan polis
Kanak-kanak perempuan tersebut yang baru berusia 8 tahun sedang menonton tv di ruang tamu di rumah milik keluarganya sebelum didatangi oleh pakciknya itu lalu bertindak memotong jarinya. 

Kanak-kanak itu pada awalnya cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke arah bilik air namun gagal. Pakciknya itu kemudian bertindak menetak jari kanak-kanak itu sebelum dia diselamatkan oleh neneknya akibat mendengar jeritan kuat dari arah ruang tamu.

Punca salah faham dikatakan kerana suspek berang dengan abangnya yang bertindak melaporkan perbuatan pecah rumah kepada pihak polis. Beliau didakwa melakukan jenayah tersebut sehingga dipenjarakan pada tahun lepas dan bagi membalas dendam terhadap tindakan abangnya, beliau menyasarkan anak kepada abangnya itu sebagai mangsa. 



Tindakan lelaki itu juga mengundang cemuhan netizens di laman sosial. 

Dalam perkembangan berkaitan, sejak petang tadi wajah lelaki yang dipercayai menetak jari kanak-kanak perempuan tersebar di laman sosial. Tindakan itu dipercayai untuk memudahkan suspek dicam oleh orang ramai sekaligus memudahkan beliau ditangkap oleh pihak berkuasa. 
- Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »