Wanita Ini Guna Produk Tati Dan Tiba-Tiba Kulitnya Menjadi Teruk..

Oleh : Erna Nadia
BAHANA YANG TAK SUDAH
Baru habis locum.
Ini adalah pesakit kelima terakhir untuk pagi ini.
Pengguna produk tati.
Hurm rasanya KKM dah mengharamkan produk tati ni.
Berhentilah dari merosakkan diri anda.
Akak ni dah berhenti tati sebulan yang lepas. Lepas tu jadi masalah kulit sebesar duit 50 sen x 2. Kemudian akak tu pergi entah kedai mana, kata orang tu itu adalah resdung, dia terus bekam di kawasan masalah. Dua hari lepas tu terus sebesar ini.
Dan akak tu pergi farmasi untuk beli krim sendiri. Hurmm
Inilah bahayanya jika tidak mendapatkan rawatan yang betul.
Berhentilah menggunakan produk yang cepat sangat buat anda jadi flawless dan gebu. Semua tu hanya disebabkan oleh steroids dan mercury yang tinggi.
Orang nak berniaga dan cepat kaya ni, memang dia tak peduli pun apa kesan kepada pengguna. Janji dia dapat jadi kaya.
Jadilah manusia yang bijak dan celik ilmu.
Nak lawa boleh tapi jangan malas.
Nota kaki : tidak ada benda yang segera dalam dunia fana ni✌🏻

Share this :

Previous
Next Post »