t>

Breaking News

4 Fakta Yang Anda Patut Tahu Tentang Mangsa Buli Dan Liwat Di Pulau Pinang.

Baca : Remaja 18 Tahun Koma, Mangsa Buli Terbaru Di Penang.

Kegiatan buli di Malaysia nampaknya semakin teruk dan pelajar-pelajar yang suka membuli ini tidak langsung mengambil iktibar dan pengajaran dari kes-kes lepas yang pernah berlaku suatu ketika.


Di Penang, seorang remaja yang baru berusia 18 tahun disahkan koma kerana dibuli oleh rakan-rakan sekelasnya. Dan berikut merupakan fakta tentang kejadian.

1. Dipukul dengan teruk sehingga koma

T.Nhaveen seorang remaja yang berusia 18 tahun dilaporkan telah dipukul dengan teruk oleh sekumpulan remaja. Kumpulan itu dipercayai mempunyai 8 orang dan mereka telah memukul T.Nhaveen dan rakannya Previin di luar kawasan masjid, Taman Tun Sandon.

T.Nhaveen kini berada dalam ICU dan disahkan koma kerana mengalami kecederaan teruk di kepalanya. Menurut laporan, T.Nhaveen sepatutnya sambung belajar di salah sebuah kolej di Kuala Lumpur dalam bidang muzik kerana bercita-cita mahu menjadi seorang Komposer.

2. Dibuli dan diliwat oleh bekas rakan sekolah

Pada awalnya T.Nhaven dan Previin terserempak dengan dua orang bekas rakan sekolah ketika sedang membeli burger.

Bekas rakan sekolahnya itu kemudiannya menelefon rakan-rakannya yang lain, seramai 6 orang datang kemudiannya dengan motorsikal bagi membantu membuli dua orang yang telah mereka tahan itu.

Turut dilaporkan, T.Nhaven sering menjadi mangsa buli di sekolah kerana dianggap bersikap keperempuanan dan berperwatakan lembut oleh dua bekas rakan sekolahnya itu.

Ketika ditahan oleh kumpulan berkenaan, T.Nhaven dan Previin merayu agar dilepaskan namun mereka bukan sahaja tidak dilepaskan malahan dihentak bertubi-tubi dengan helmet dan dipercayai turut diliwat oleh salah seorang anggota kumpulan berkenaan. T.Nhaven dibawa ke padang yang terletak di Jalan Kaki Bukit dan dipercayai diliwat di kawasan berkenaan.

T.Nhaven dibawa ke hospital pada jam 2 pagi oleh abang kepada salah seorang yang membuli T.Nhaven pada malam itu.

Awani turut melaporkan berlakunya insiden ejek mengejek sebelum kejadian meleret kepada kegiatan memukul dan meliwat.



3. Kecederaan di kawasan kemaluan dan ada tanda terbakar di belakang badan

Selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan dan melalui pemeriksaan, doktor mendapati ada sesuatu dimasukkan (secara paksa) ke dalam anus si mangsa.

Alat kemaluannya juga didapati telah berpusing. Berita itu telah menghancurkan hati ibunya selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya.

4. 5 lelaki ditahan

Polis memaklumkan setakat ini 5 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan. Mereka berusia di antara 18 hingga 25 tahun. Ditahan reman selama 4 hari bermula 10 Jun lepas.