t>

Breaking News

Baru Beberapa Jam Celcom Tergendala, Sibuk Pula Pelanggan Nak Minta Ganti Rugi.

Oleh : Muhammad Shukri

Sejak pagi semalam, rangkaian Celcom memang ada masalah, tidak boleh mahu buat panggilan ataupun terima panggilan. 


Apa yang saya mahu luahkan di sini adalah sikap masyarakat Malaysia yang rata-ratanya tidak tahu bersyukur. Sebab apa? Rangkaian Celcom mengalami gangguan di seluruh Malaysia. 

Gangguan ini berlaku secara tiba-tiba, bukannya kita mahu minta jadi begitu. Semua staf Celcom pun tidak pernah meminta untuk rangkaian mereka jadi sebegitu. 

Lepas itu, ada pula sesetengan pihak yang complaint kononnya mahu tuntut ganti rugi. Rata-ratanya memberikan alasan bayar bil mahal dan mahukan rebat bagai. 

Mungkin ramai yang tidak sedar, gangguan itu hanya berlaku selama beberapa jam saja, tetapi sudah minta macam-macam. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang? Tahu mahu complaint saja bila rasa tidak puas hati.Ini aku mahu berikan contoh. Rumah korang ada Astro kan? 

Bayar bulan-bulan pun dalam RM150. Okay, mahu dijadikan cerita, satu hari, satu Malaysia mengalami hujan lebat dan ini menyebabkan Astro mengalami gangguan siaran disebabkan hujan. Selepas beberapa jam, hujan pun berhenti dan siaran Astro pun kembali bersiaran. 

Jadi, adakah korang mahu meminta macam-macam daripada pihak Astro hanya disebabkan gangguan siaran untuk tempoh beberapa jam itu. Alasan korang sebab bayar mahal. Tiada kan? 

Jadi, samalah dengan kes Celcom ini, syarikat mana yang mahu rugi. Beginilah, aku mahu berikan sedikit tips. Sekiranya korang guna satu-satunya rangkaian itu, sediakanlah kad SIM dari syarikat telco yang lain untuk dijadikan sebagai backup sekiranya telco utama yang korang gunakan itu tiba-tiba terdapat gangguan. 

Aku sendiri pun pelanggan Celcom dan semasa Celcom mengalami gangguan, aku tukar kad SIM Digi sebagai backup. Jadi, tiadalah masalah pun. Aku pelik betul dengan rakyat Malaysia. Macam mati pula bila tiada internet.