Bekas Senior Dedah Perangai Suspek Utama Suka Membuli Sejak Sekolah - Neyy, Itu Cerita Tipu Jer Kata Netizens.

Dua hari lepas tular di laman sosial kononnya salah seorang bekas senior kepada Akmal Zuhairi, 21, yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan Zulfarhan yang mendedahkan perangai suka membuli Hairi di alam persekolahan menengah lagi.

Kisah berikut boleh diikuti menerusi gambar-gambar yang tersebar di bawah ini;






Amsyar Malek, individu yang menulis tentang Hairi dikatakan adalah senior kepada suspek itu semasa bersekolah di STAR.

Amsyar menulis bahawanya beliau kecewa kerana Hairi membawa perangai gangster semasa bersekolah ke universiti tempat beliau melanjutkan pelajarannya.

"Anggaplah ini karma dan balasan dari doa insan-insan teraniaya yang pernah kau pukul masa kat STAR dulu. Tuhan bayar cash sekarang," katanya dalam tweet berkenaan. 

Beliau turut berkata dari bersekolah hinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti, Hairi hanya tahu menggunakan kekerasan sahaja. Malahan beliau tidak akan bersimpati dengan nasib yang menimpa Hairi dan turut mengkritik tindakan Hairi yang menggunakan bomoh.

"Yang lagi teruk, dia guna khidmat bomoh dan percaya bila bomoh tu cakap kawan dia yang mencuri. Bongok. Patutnya buat report je lah", katanya.

Tipu, beza tujuh tahun senior tang mananya?

Beberapa netizens yang mengikuti tweet itu di laman Twitter bagaimanapun merasa was-was dengan luahan tersebut.

Antaranya Syafiqah yang mempersoalkan betul ke Amsyar senior Hairi padahal beza tujuh tahun tu kot??


"Tapi betul ke amsyarmalek ni senior Hairi? Sebab amsyar ni lahir tahun 1989. Hairi lahir tahun 1996. 7 tahun beza," respon Syafiqah di tweet balas kepada rakannya.

Kenal pun tak main kutuk jer

Fitri pula dalam satu tweet balas kepada Amsyar kelihatan cukup marah sekali dengan kelakuan Amsyar yang dianggapnya membuat cerita palsu.


"Meh aku explain tweet ini. Kau keluarkan statement dia junior kau. Kau cakap dia gangster kat sekolah lah apa lah. Kau kenal dia pun tak bro," katanya dalam satu tweet balas kepada Amsyar.


Fitri juga menegaskan beliau bukan berada di pihak yang menyokong Hairi tetapi tak sewajarnya mana-mana pihak mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi memburukkan keadaan.

Penulis melihat tindakan segilintir netizens yang mengkritik perlakuan Amsyar adalah tepat. Jangan kita menanguk di air yang keruh atau memperbesarkan lagi masalah sedia ada. Hairi didakwa dibawah 302 yang memungkinkan beliau berakhir di tali gantung ataupun penjara seumur hidup.

Keluarga beliau sudah sarat dengan masalah yang akan dilalui oleh Hairi, jangan pula kita dengan sengaja menulis sesuatu yang mendorong salahfaham tidak sewajarnya terhadap suspek. Dalam erti kata lain cerita apa yang sebenarnya berlaku sahaja jangan menokok tambah perkara yang tidak wujud. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »