t>

Breaking News

Bekas Tentera, Anti-Hamas Punca Lubnan Haramkan Filem Wonder Women, Lakonan Gal Gadot.

Gal Gadot pelakon wanita yang melakonkan watak Wonder Women sebenarnya ialah rakyat kelahiran Israel. 

Beliau dilaporkan pernah berkhidmat di IDF selama dua tahun; ia adalah mandatori di Israel untuk lelaki dan perempuan yang mendapat panggilan untuk berkhidmat dalam unit ketenteraan selama dua tahun.

Di Lubnan, ia adalah menjadi kebiasaan negara itu untuk boikot dan anti apa sahaja perkara berkaitan Israel. Termasuklah barangan Israel dan apa-apa produk berkaitan Israel. Rakyat Lubnan juga dilarang dari memasuki Israel. 

Oleh kerana Gal Gadot merupakan pelakon kelahiran Israel maka satu usul dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi Lubnan bagi melarang kemasukan filem berkenaan ke dalam negara dari ditayangkan. 

Larangan berkenaan akhirnya dikuatkuasakan secara rasmi selepas sehari usul pengharaman dicadangkan oleh kementerian terbabit. 

Oleh : Aqsa Syarif 


Lubnan secara rasminya telah mengharamkan filem Wonder Woman kerana watak utama filem tersebut dilakonkan oleh bekas tentera Zionis Israel, iaitu Gal Gadot. 

Gal Gadot merupakan seorang penyokong tentera Zionis dan amat membenci gerakan HAMAS.


 

Beliau pernah menulis status di Facebook yang berbunyi: 

"I am sending my love and prayers to my fellow Israeli citizens. Especially to all the boys and girls who are risking their lives protecting my country against the horrific acts conducted by Hamas, who are hiding like cowards behind women and children...We shall overcome!!! Shabbat Shalom!" 

#weareright 
#freegazafromhamas 
#stopterror 
#coexistance 
#loveidf 

Status ini ditulis Gal Gadot semasa perang di Gaza tahun 2014 yang telah menyebabkan 551 kanak-kanak dan 299 wanita terbunuh (1,462 orang awam terbunuh).

1/3 daripada 3,436 kanak-kanak yang cedera mengalami kecacatan kekal. Sehingga hari ini, 300,000 kanak-kanak memerlukan sokongan mental dan psikososial akibat trauma. 

Tambahan, 142,000 buah rumah musnah dan mengalami kerosakan yang menyebabkan ratusan ribu penduduk Gaza tidak mempunyai tempat tinggal. 

Gal Gadot pernah membintangi filem siri Fast & Furious dan Batman v Superman. Lubnan dan Israel pernah berperang pada tahun 2006.