t>

Breaking News

Dan Ini Kisahnya Bagaimana Kami Selesaikan Hutang 40,000 Dalam Masa 3 Minggu..

PERISTIWA YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN DALAM SEJARAH BISNES KAMI. KEAJAIBAN DARI ALLAH - BAGAIMANA KAMI BANGKIT SELESAIKAN HUTANG RM40K DALAM MASA 3 MINGGU.. 
Repost : Kenangan Ramadhan 2011
Kami masih belum mengerti bagaimana kami boleh terselamat dari krisis kewangan ini 6 tahun lepas, kisah yang benar-benar berlaku kepada diri kami ..
Situasi kami pada waktu tersebut:
# Elektrik nak dipotong - tertunggak RM10,000.00
# Sewa RM4,000.00
# Hutang pembekal RM15,000.00
# Hutang kawan yang dituntut sebab terdesak (kalau tak silap dalam RM4,000.00)
# Semua pekerja berhenti tinggalkan kami berdua dalam keadaan blur.
Berlaku dalam bulan Ramadhan 6 tahun lepas. Masa tu kami hanya ada sebuah kedai makan (D'Apple Cafe & Restaurant) dan RM100.00 tunai di tangan (dalam bank kosong dan tiada benda yang bernilai untuk dicagarkan)
Serius! Ianya benar, hanya tinggal RM100 sahaja.. (seingat kami, angka yang lebih tepat adalah RM97.00.. Itupun dah korek kat semua tempat, tabung dan laci)
Hutang sewa, tnb, pembekal perlu dibayar dalam masa terdekat lebih kurang dalam RM40,000.00.
Menangis tak cukup air mata. Tengok anak-anak, memikirkan nasib mereka lagi deras air mata keluar. Bagaimanalah makan minum mereka, kebulur tak mereka. Macam-macam keluar.
Sudah dirasakan tiada jalan lagi, maka berpelukanlah suami isteri di satu sudut di sebuah rumah kecil sambil menangis dari dinihari sampai ke pagi.
Mata bengkak, tubuh longlai kepenatan, tidur hanya beberapa jam. Namun tiada selesai jua masalah walaupun keluar air mata darah sekalipun.
Saya pandang muka isteri, (ucapan sayu dari hati) sambil mengusap pipinya, "bertabahlah wahai hati, bertabahlah wahai isteri"..
Nak pinjam along? Takut, lagi pun apa yang nak dicagarkan.. Nak pinjam dengan adik beradik, ada yang dah pinjam, malu sebab hutang lama belum langsai. Tapi ada yang bagi RM500 seorang, Terima kasih Kak Muni dan Kak Tie, syukur.. .
Dunia dah gelap, buntu, terasa tiada jalan keluar, tangan terketar-ketar, betul-betul tak tahu nak buat apa dah, lidah kelu, penasaran dan 'blur'.
Hari-hari ditekan dengan panggilan meminta hutang. Tak reti dah nak cipta alasan. Hati dah tak keruan. Intai di jendela, mana tahu ditunggu si pemungut hutang..
Hidup tiada tenang walau seketika. Hidup dalam ke adaan tertekan sentiasa dan tiada putus putus menyebut "Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah". Air mata berderai derai sentiasa..
Tak tahu nak buat apa, pergi cerita , mengadu, merintih dekat umi tersayang, tercinta. Minta doa, mintak restu tapi tak mintak duit. Umi minta bersabar. Mulai dari itu, tiada pernah tertinggal satu malam pun umi buat solat hajat. Mohon dipermudahkan urusan anak lelaki 'keras kepala' ni.
Asal je celik mata, menangis, sebelum pejam mata, pun menangis. Kedai makan tutup sebab terlalu sedih dan hampir tiada semangat (hampir putus asa)
Salah satu sebab jadi teruk begini adalah kerana ditipu pekerja, tak jaga akaun dengan baik dan miss management. Dahla kena tipu oleh pekerja, bila tembelang pecah, semua angkat kaki. tinggal laki bini ni dengan hutang berbaki..
Selepas puas dan penat menangis. akhirnya, saya berkata kepada isteri.., " Kita meraung siang malam pun tak ada guna. Sayang... jom kita pegi buka kedai yer. Kita serah kepada Allah nasib kita. Kita usaha, kita bangkit, kita baiki balik, At least ada duit masuk daripada duduk menangis siang malam lagu ni...
" Kita kena bersyukur, sekurang-kurangnya Allah masih tinggalkan lagi baki RM100 dalam kocek untuk kita bermula semula.."
Hampir setiap malam berdoa pada Allah agar dikeluarkan dari bencana ni. Sungguh! hutang ni mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Tak tertanggung jiwa raga.
Dan pada masa tu seminggu sebelum raya, bermodalkan RM100 yang tinggal, kami buka balik restoran dan mulakan semula operasi. Mulakan balik dengan apa yang ada. Beli sayur sikit, ayam sikit, daging sikit, dan satu sen pun tak tinggal modal.. Duit 'cucur' ke customer pun tak ada.
Kami cakap benar dan jujur, tiada satu sen pun yang tinggal. Tukang masak tak ada masalah sebab kami berdua yang jadi chef nya. Pekerja lain? Adik ipar dan beberapa pekerja part time (student kolej berdekatan, student dari sarawak yang tak balik raya).
Cerita hari pertama..
Dapatlah hasil jualan RM100 selepas 2 jam beroperasi, pergi beli tambahan bahan mentah RM100 pula. 2 jam selepas tu dapat hasil lagi RM100 pergi beli tambahan ayam , ikan, sotong, udang dan beras..
Hari pertama dapat jualan RM 700 (lebih kurang, hasil dari modal RM100 pertama yang dipusing beberapa kali pembelian dalam masa sehari).
Hari kedua dah punya modal yang mencukupi., Syukur Alhamdulillah.. Allah Maha Kuasa, tak sangka, ramainya pelanggan. Biasa tak ramai macam ni..
Subhanallah! Keajaiban berlaku. Dari seminggu sebelum raya dan 2 minggu selepas raya, kami dapat langsaikan hampir 3/4 dari hutang atau bebanan yang ada. Hampir RM35,000. Kami sendiri pada masa tu tidak sempat rekodkan jumlah jualan harian atau keuntungan berasa sangat hairan bin ajaib dari mana datangnya duit sebanyak tu untuk selesaikan hutang.
Sampai ke hari ni ianya masih menjadi misteri dan tandatanya. Siang malam kami suami isteri cuba cari jawapan dari mana datangnya sumber wang itu namun tak jumpa. Apa yang kami tahu, hutang selesai. Walaupun tak semua tapi hampir 4/5 hutang yang ada., SELESAI..
Kami BEBAS dan mula terseyum.
Kisah ni betul-betul terjadi pada kami 6 tahun lepas dan bila mengenang kembali, kami selalu mengucap SYUKUR ALHAMDULILLAH. Berkat doa dan restu ibu, dan doa yang yang tak henti-henti, keajaiban boleh berlaku bila-bila masa dengan keizinan Allah..
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Allah mendengar permintaan hambaNYA yang betul-betul meminta dan tiada putus-putus meminta. Hanya pada waktu yang betul-betul tersepit, kita paling dekat dengan Allah. Allah tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia.
Segala ujian yang diturunkan adalah untuk membuatkan kita lebih kuat dan berjaya. Jangan mengeluh bila ditimpa ujian. Kembalilah kepadaNYA. Pasti jaya menunggu kita. Jangan putus asa, minta, minta dan terus minta dariNya, InshaAllah ada jalannya..
Percayalah..
" Disebalik kesulitan, pasti ada kemudahan ".
" Selagi nyawa di kerongkongan, selagi tu harapan masih ada " InshaAllah..