"Datang Nak Berbuka Je, Bukan Nak Bersolat, Ambil Udang Tu Satu Jer Dah.."

Oleh : Penang Kini

Admin, ada seorang orang tua ini, begini ceritanya. Ada seorang perempuan ni nak berbuka, makanan nak berbuka untuk jemaah-jemaah nak berbuka dah dihidangkan oleh orang surau (lokasi surau di Bayan Baru). 

Gara-gara nak tambah lauk..

Tetapi ada kakak seorang ni dia tambah lauk udang lagi dua ekor. Dia ambil daripada periuk sebab dia tengok udang pun banyak lagi. 

Ada seorang Pakcik ini (dipercayai ahli ajk surau tersebut) pun tiba-tiba cakap mana boleh ambil banyak, datang sini nak berbuka saja, bukan nak sembahyang pun, ambil satu saja sudah

Malunya diaibkan..

Gambar - Penang Kini
Perasaan malu pada muka kakak tu saya tak boleh nak bayang, betapa malunya apabila diperkatakan macam itu lebih-lebih di hadapan orang ramai pada ketika itu. 

Kita sebagai seorang manusia yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan, dan apabila kita telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk memegang jawatan atau mendapat pangkat sebagai ahli jawatankuasa surau atau masjid sepatutnya kita lebih prihatin dan juga menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. 

Mungkin ada cara yang lebih berhemah boleh dilakukan oleh Pakcik itu pada ketika itu.

Share this :

Previous
Next Post »